Monday 23 December 2013

Cabaran Seorang Peniaga

Teks : Rabiah Tugimin


{Gambar Sekadar Hiasan}

Bila sebut pasal berniaga, siapalah yang tak nak berniaga..tak kira lah berniaga apa pun..dimana, bagaimana dan apa yang diniagakan...Dari yang bekerja hinggalah suri rumahtangga semua ingin berniaga untuk menambah pendapatan keluarga..Ada juga yang berniaga bermula Dari hobi dan suka-suka dan akhirnya menjadi perniagaan sendiri...

Sebagai seorang peniaga banyak yang perlu dipelajari..untuk menjadi seorang peniaga yang tegar dan berjaya bukan mudah..bukan senang-senang seperti yang kita nampak..disebaliknya banyak dugaan dan pancarobanya untuk ditempuhi...sama Ada Dari segi mental atau fizikal...yang paling utama dalam memulakan perniagaan adalah Dari segi modal dan sokongan moral...pengalaman?...betul, tapi mana dapatnya pengalaman kalau kita tidak mencuba dulukan?...jadi lebih mudah, belajar lah berniaga secara kecil-kecil lan dahulu..belajar selok belok perniagaan Dari mereka yang telah lama dalam bidang perniagaan...jadikan mereka sebagai mentor dan pembakar semangat kita untuk berjaya seperti mereka...bak pepatah melayu, hendak seribu daya, kalau tak nak banyak lah dalih kan...

Zaman sekarang mudah nak berniaga..semuanya Ada..macam iklan Astro tu...macam-macam Ada!!!..apa yang nak dicari, apa yang nak diniagakan semua di hujung jari...bukan main tunjuk-tunjuk tau..main tekan-tekan...tapi kena lah tekan berilmu juga...maksud saya mencari di laman sesawang atau pun internetlah lebih mudah...dulu makcik-makcik dan pakcik-pakcik kita tak pandai guna Internet ni, tapi sekarang Ada yang lebih hebat dan bijak...pokoknya, nak belajar cara menggunakannya...saya yang muda ni pun masih terkial-kial dan masih belajar lagi...

Berbalik semula pada cabaran nya berniaga ni..Ada yang berniaga senang ajer..tak banyak dugaan nya..Ada yang berniaga susah dan bertambah susah..dan akhirnya tutup...ada juga yang berniaga biasa biasa ajer..Ada juga yang luar biasa..semua tu rezeki Dari Allah..kadang-kadang kita dah usaha tapi tetap juga gagal...sabar, itu lah yang penting, tiap-tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..kita dah berdoa, berusaha, berikhtiar dan akhirnya kita bertawakal lah...kadang-kadang sebagai umat Islam kita terlupa, sesuatu kegagalan itu adalah pengalaman dan sesuatu yang mungkin Ada ganjaran nya di kemudian hari...bila kita susah bukan bermakna Allah timpakan musibah..tapi Allah mengingati kita..Allah rindukan doa-doa kita darinya...betul tak...

Kalau kita gagal janganlah kita menyalahkan..kita usaha lagi..itu lah pengalaman kita yang sangat berharga..tidak bermakna sekali kita gagal bermakna kita terus gagal...Ada kejayaan yang Akan menunggu...insyallah ...percayalah pada ketentuan Allah...amin...

Banyak Membaca Dapat Menambah Ilmu

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t dan Salam sejahtera muslimin dan muslimat..alhamdulillah, saya masih sihat dan masih ada kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran ini..lebih mudah disebut mengharungi rona-rona kehidupan..Ada orang suka sebut warna warni kehidupan, liku-liku kehidupan, pancaroba kehidupan dan bermacam-macam lagi..kalau disimpulkan ia membawa maksud yang sama..ayat-ayat dan petikan begini banyak digunakan di dalam bidang penulisan untuk menceritakan tentang suasana dan sesuatu peristiwa...

Berbalik semula kepada tajuk banyak Membaca dapat menambah ilmu..memang tepat dan penting sangat...di zaman yang serba Maju dan moden sekarang melambak-lambak bahan bacaan yang mudah diperolehi..baik di Surat khabar, lambakan majalah-majalah, di laman sesawang media dan bermacam-macam lagi...pokok pangkalnya hati dan minat kita untuk membacanya..kalau nak dibandingkan semasa zaman datuk dan nenes kita dahulu...bahan bacaan yang mereka mudah perolehi adalah Surat khabar..tidak banyak majalah-majalah atau buka-buka dihasilkan..dengan kemampuan dan pendapatan mereka, rata-rata tidak mampu Membeli apatah lagi untuk memilikinya..jadi janganlah kita persalahkan mereka jika apa yang kita sebutkan tidak difahami...

Beruntunglah kita dizaman yang serba maju ini, dengan mudah kita memperolehi bahan bacaan...yang percuma pun ada..nak atau tak nak sahaja...Membaca boleh dipupuk..dengan Membaca kita dapat menambah ilmu didada...tidak kira apa pun bahan bacaan kita..Dari Membaca kita dapat menilai sesuatu perkara itu buruk atau baik..sekarang kita dapat lihat ramai anak-anak muda sudah mula minat membaca seiring dengan lambakan media-media ini di pasaran...kalau kita naik public transport kita dapat lihat ramai yang duduk membaca...yang canggih pun ada, Membaca novel atau cerpen melalui gadget seperti handphone dan ipad...semuanya mudah diperolehi melalui Internet..bahan bacaan yang sudah tiada dalam pasaran seperti novel juga mudah diperolehi...jadi kita tidak Akan putus sumber dan bahan-bahan bacaan yang kita ingini...untuk mencari bahan bacaan di Internet juga mesti tahu caranya..jadi untuk tahu caranya, kita kena belajar dan Membaca Dari mana untuk memperolehinya...

Seperti saya, yang kini masih baru dalam dunia blogger...masih lagi mencari-cari, membaca cara-cara untuk menjadi seorang yang boleh berjaya dalam dunia online..semoga bahan bacaan yang saya perolehi dapat membantu..seronok dan keinginan yang tinggi Akan timbul jika kita kerap membaca...percayalah...Dari apa yang kita baca, kita memperolehi banyak ilmu dan perkara yang kita tidak ketahui..kesimpulannya, dengan banyak membaca walaupun sepotong ayat ia Akan memberi kesan dan impak dalam diri kita...seperti kita sebagai seorang Muslim dan muslimat, kita digalakkan membaca al-Quran dan memahami maksudnya, kerana Dari situ kita di ajar menjadi seorang Muslim dan muslimat yang berjaya di dunia dan akhirat...wassalam...renung-renungkan dan selamat beramal...




Tuesday 17 December 2013

Ibu, isteri, anak...

Teks : Rabiah Tugimin





Alhamdulillah, sudah 12 jam berlalu, baru berkesempatan jari jari ini meluahkan kesyukuran di ruangan coretan ini. .Betapa mensyukuri hari ini saya masih mampu bernafas melihat suami dan anak-anak di sisi. Walaupun penat dan lelah semalam masih terasa, melihat nurnya cahaya diwajah anak anak ku ini hilang seluruhnya penatku...ini lah bahagianya rasa menjadi seorang ibu..walaupun ada masa tiba kemarahan dihati kerana kerenah dan perangai mereka..Emm...siapalah mereka, hanya anak anak kecil yang tak mengerti lagi kehidupan ini..yang mereka faham...bermain, bergurau dan membuat aktiviti sendiri, lagi-lagi di musim cuti sekolah ni..dulupun saya anak anak kecil juga, menjadi dewasa dan kini  isteri dan ibu...bila di kenangkan semula, teringat saya masa dizaman kanak-kanak..sayalah along, sayalah kakak dan sayalah cikgu pada adik adik saya...sayalah tempat adik-adik jadikan rujukan...umur saya dengan adik kedua jaraknya 5 tahun...jadi yang lain masih kecil lagi...penatnya menjadi kakak..menjaga 4 orang adik...penat lagi emak dan ayah saya memikulnya...kini setelah menjadi isteri dan ibu...saya merasa betapa besarnya pengorbanan mereka...memberi pendidikan, perlindungan dan kasih sayang yang semampunya...sekarang ayah sudah tiada..sudah 3 tahun berlalu...masih terasa lagi gurauan dan senyum tawa ayah...walaupun tinggal emak sahaja, insyallah Akan saya jaga selagi saya masih bernafas...anak-anak ku, doa ibumu semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...dunia dan akhirat..amin..

Saturday 14 December 2013

Background Penulis

Teks : RabiahTugimin




SALAM PERKENALAN DARI SAYA

    Asasalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...Selamat datang ke Blog saya ini..Nama saya Rabiah Binti Tugimin atau lebih mesra kak Bee. Saya dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Disember 1980. Arwah bapa saya dahulu bekerja sebagai Penjawat Awam di SYABAS manakala emak saya sebagai surirumah sepenuh masa menyara saya lima beradik. Saya merupakan anak yang pertama dalam keluarga. Saya mewarisi keturunan jawa dan arab dari sebelah bapa dan melayu cina muslim dari sebelah emak. Saya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan susah tapi saya dan adik beradik bersyukur emak dan ayah mampu memmberikan kami pendidikan.   
    Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong dan berakhir di Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1997. Alhamdulillah selepas tamat sekolah saya mendapat tawaran menyambung pelajaran di UITM dalam bidang Perbankan. Itulah pertama kali dalam hidup saya berjauhan dari keluarga dan adik beradik. Selepas tamat dalam bidang Perbankan saya diterima kerja sebagai kerani di Apex Office Furniture. Tidak lama disini saya diterima tawaran kerja di OCBC Bank (M) Berhad dari tahun 2002 hinggalah 2013 saya dan meletakkan jawatan selepas 10 tahun berkhidmat.
   Kini saya adalah seorang surirumah dan menjaga 3 orang cahayamata bersama suami Helmey Bin Ismail yang saya kahwini pada 6 March 2004.  Semasa sebelum saya berumah tangga saya minat membaca novel dan cerpen dari majalah-majalah. Saya gemar memasak di masa terluang seperti waktu cuti semester dahulu. Emaklah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Alhamdulillah, sekarang bila saya masak, suami dan anak-anak akan memuji masakan saya. Bila bergelar surirumah saya mula menjinakkan diri mengikuti kursus masakan, menjual pakaian, aksesori terutamaya untuk kanak-kanak. Dari sinilah menggerakkan saya untuk belajar berniaga dari rumah secara online.
   Sebut tentang impian dan harapan saya berdoa semoga saya mempunyai satu jaringan perniagaan saya sendiri yang dikenali dimana saya menghimpunkan pelbagai perkhidmatan secara online dan dikedai. Saya bercadang akan membuka 1 kedai pakaian dan koleksi kanak2, dari segi aspek pakaian, aksesori, dan seangkatannya atas nama Sweetyone Shop. Dengan cara ini saya dapat menghimpunkan pelbagai jualan bersama-sama adik beradik dan sauadara mara saya. Saya impikan dengan ini dapat merapatkan lagi Ukhwah sesama kita.

Sampai di sini dahulu sedikit coretan dari hati saya untuk anda semua. Sehingga kita bertemu lagi. Insya Allah.....