Saturday 14 December 2013

Background Penulis

Teks : RabiahTugimin




SALAM PERKENALAN DARI SAYA

    Asasalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...Selamat datang ke Blog saya ini..Nama saya Rabiah Binti Tugimin atau lebih mesra kak Bee. Saya dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Disember 1980. Arwah bapa saya dahulu bekerja sebagai Penjawat Awam di SYABAS manakala emak saya sebagai surirumah sepenuh masa menyara saya lima beradik. Saya merupakan anak yang pertama dalam keluarga. Saya mewarisi keturunan jawa dan arab dari sebelah bapa dan melayu cina muslim dari sebelah emak. Saya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan susah tapi saya dan adik beradik bersyukur emak dan ayah mampu memmberikan kami pendidikan.   
    Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong dan berakhir di Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1997. Alhamdulillah selepas tamat sekolah saya mendapat tawaran menyambung pelajaran di UITM dalam bidang Perbankan. Itulah pertama kali dalam hidup saya berjauhan dari keluarga dan adik beradik. Selepas tamat dalam bidang Perbankan saya diterima kerja sebagai kerani di Apex Office Furniture. Tidak lama disini saya diterima tawaran kerja di OCBC Bank (M) Berhad dari tahun 2002 hinggalah 2013 saya dan meletakkan jawatan selepas 10 tahun berkhidmat.
   Kini saya adalah seorang surirumah dan menjaga 3 orang cahayamata bersama suami Helmey Bin Ismail yang saya kahwini pada 6 March 2004.  Semasa sebelum saya berumah tangga saya minat membaca novel dan cerpen dari majalah-majalah. Saya gemar memasak di masa terluang seperti waktu cuti semester dahulu. Emaklah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Alhamdulillah, sekarang bila saya masak, suami dan anak-anak akan memuji masakan saya. Bila bergelar surirumah saya mula menjinakkan diri mengikuti kursus masakan, menjual pakaian, aksesori terutamaya untuk kanak-kanak. Dari sinilah menggerakkan saya untuk belajar berniaga dari rumah secara online.
   Sebut tentang impian dan harapan saya berdoa semoga saya mempunyai satu jaringan perniagaan saya sendiri yang dikenali dimana saya menghimpunkan pelbagai perkhidmatan secara online dan dikedai. Saya bercadang akan membuka 1 kedai pakaian dan koleksi kanak2, dari segi aspek pakaian, aksesori, dan seangkatannya atas nama Sweetyone Shop. Dengan cara ini saya dapat menghimpunkan pelbagai jualan bersama-sama adik beradik dan sauadara mara saya. Saya impikan dengan ini dapat merapatkan lagi Ukhwah sesama kita.

Sampai di sini dahulu sedikit coretan dari hati saya untuk anda semua. Sehingga kita bertemu lagi. Insya Allah.....

No comments:

Post a Comment