Tuesday 14 January 2014

Hidup Mesti Ada Cabaran

Teks : Rabiah Tugimin


Alhamdulillah...semoga masih tak ketinggalan kita menyambut maulidul rasul, hari ni berita di tivi banyak tunjuk kan perarakan sempenan maulidul rasul..anak-anak pula bercuti sempena hari bersejarah ini.

Buat rakan-rakan termasuklah blog sudah tentunya pernah mengalami stress, bukannya senang untuk menghadapinya, kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Di dalam kehidupan seharian kita, sesungguhnya adalah perjuangan, maka di sana ada masanya kita perlu berehat, ada masanya kita perlu terus melangkah dan ada masanya kita perlu bermuhasabah tentang kekurangan dan kekuatan diri, namun ada masanya juga kita perlu berkorban demi menyelesaikan kelansungan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Oleh kerana itulah sering kita kita perlu ingat bahawa kita adalah warga akhirat yang kembara di dunia ini. Namun oleh kerana kita ingin membawa bekal yang sempurna buat kehidupan di sana sudah semestinya kita mesti melakukan yang terbaik di alam kehidupan kita. Buat semua rakan pembaca perlu diingatkan bahwa kita perlu rasional di dalam kehidupan kita, bukan semua impian dan hajat kita boleh kita laksanakan sesempurnanya. Hidup ini juga seperti roda, ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Oleh kerana itu rasionallah di dalam kehidupan, kerana tanpa masalah dan dugaan bukanlah kehidupan namanya. Bagi adik-adik yang sudah mengenggam result exam juga perlu rasional, jika segala usaha sudah dicurahkan, segala waktu sudah dipenuhi maka redailah apa jua keputusan, jika baik bersyukurlah ,jika sebaliknya rasionallah bahawa di dalam dunia ini terdapatnya manusia yang berjaya dan gagal.Namun gagal juga bukanlah bererti kegagalan sepenuhnya, sebaliknya kejayaan yang tertangguh. Ianya sebenarnya sebagai azimat untuk kita terus mara, bangun semula, rancang perjalanan dengan teliti, bersedia dan bergeraklah kehadapan. Mohonlah serta dekatilah Allah melalui doa dan solat.

Cuba kita berfikir kenapa SAW menghadapi dugaan dan kepayahan di dalam peringkat awal menanam tauhid kepada Allah kepada bangsanya sendiri, kenapa sampai dipulaukan, dihina, dibaling dengan najis dan batu, serta di ancam dan cuba - See more at: http://www.lovehijau.com/2012/04/stress-dan-kegagalan-tanganinya-dengan.html?m=0#sthash.CKzC9jTQ.dpuf
Cuba kita berfikir Rasulullah dahulunya menghadapi kepayahan dan kesusahan dalam menyebarkan Islam. Baginda diancam dibunuh, dihina, dicaci, dibaling batu dan bermacam lagi. Boleh sahaja Allah lahirkan SAW dalam kalangan raja-raja atau golongan kaya raya pada waktu itu ,tapi kenapa Allah takdirkan perjuangan Rasulullah SAW penuh dengan ranjau dan dugaan. Dugaan yang diterima oleh Baginda bukan calang-calang tetapi terlalu hebat,namun akhirnya Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sekarang. Kenapa Baginda tidak dipermudahkan oleh Allah? boleh sahaja Allah lakukan, tetapi sebaliknya...Ia adalah melambangkan kekuatan diri dan jiwa SAW yang diikat kemas dengan ikatan dengan Allah serta mampu menjadi pemimpin yang berkualiti, serta kepimpinan yang terpuji, biar pun hanya anak yatim piatu, serta pada awalnya sebagai pengembala kambing. kemanisan di dalam hidup tercapai melalui usaha dan dugaan, maka begitu jua hidup ini.

Oleh kerana itulah setiap manusia perlu ingat bahawa kesabaran dan kesusahan di dalam perjuangan hidup sememang perkara biasa.

Monday 13 January 2014

Rasulullah Memuliakan Kaum Wanita

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t..sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memohon pertolongan, perlindungan dan petunjuk kepadanya. Kami berlindung kepada Allah dari Hawa Nafsu dan kejahatan keburukan amal perbuatan kami. Allah s.w.t telah berfirman, iaitu mengingatkan manusia agar bertakwa kepadanya, dalam surah An-Nisa' 1 yang bermaksud :

        "Wahai sekalian manusia!Bertakwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikannya daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa)".

Wanita bagi kita adalah ibu, isteri, saudara, anak, pengajar, pendidik dan pendakwah. Rasullullah pernah bersabda "orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku di antara kamu". Rasulullah jika berada di dalam rumah suka bergurau dengan keluarganya dan berwibawa jika berada di luar rumah. Lain pulak halnya dengan yang dilakukan oleh sebahagian orang di zaman sekarang berbuat sebaliknya, mereka lebih suka bergurau dan banyak ketawa jika bersama rakan-rakan, dan bila balik kerumah pula diam dan bermuka masam terhadap isteri dan anak-anak.

Untuk menjadi tirai penghalang dari api neraka didiklah anak perempuan mengikut tuntutan al-quran dan sunnah. Bagaimana pula halnya di zaman sekarang, ada kaum wanita teraniaya oleh sebahagian suami, kerana si suami memperlakukan wanita seperti tunggangan. Tidak ada penghargaan dan tidak ada kasih sayang kepadanya. Kadang-kadang pendapat isteri tidak pernah didengar malahan merperlakukan dengan cara yang kasar seperti isteri itu makhluk lain.

Rasulullah sangat menghargi kaum wanita sehingga beliau menyebut mereka dengan nama masing-masing dan panggilan yang mulia.

Contohilah sikap Rasulullah didalam mengamalkan nya didalam kehidupan harian kita. Semoga kita menjadi umat dan ikutan kepada anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan kita.

Ingatlah!! setitik air mata wanita itu, tiang keluarga itu akan disebab 100 kali dengan tulang rusuk wanita..bayangkan sudah berapa banyak air mata wanita dikeluarkan..ingatlah wahai imam-imam ku..jadikan ia sebagai peringatan untuk bersama...Amin

Makanan Yang Menjadi Punca Sikap Marah

Teks : Rabiah Tugimin


Ehm...betul ker?..makanan pun boleh jadi sebab seseorang marah..bukan sebab tak dapat makan, lambat order makan ker, apa yang nak di makan tak dapat ker...semua bukan, tapi makanan itu penyebabnya..Jom kita kongsi bersama artikel dibawah ini...mungkin lepas ni kita boleh cuba elak kan untuk diri kita dan anak-anak..

Artikel : Seringkali kita mendengar bahawa makanan manis boleh meredakan stress. Bila sedang sedih dan runsing, makanlah coklat. Bila sedang emosi dan ingin marah-marah, makanlah aik krim. Makanan ini kabarnya bisa membuat kita lebih rileks dan menjauhkan kita dari stres. 

Namun sebuah penelitian membuktikan bahawa, gula boleh membuat kita panik dan tertekan dibanding meredakan stress. Sejumlah dokter, ilmuwan, nutrisionist, psikiater dan psikolog dalam event Food For The Brain menemukan adanya hubungan antara makanan dan kesihatan mental. Bahawasanya ada hubungan antara perubahan perilaku dan level gula dalam darah.

"Penurunan gula darah adalah salah satu penyebab mengapa kita mengalami mood yang low mood, depresi, kecemasan dan emosional. Hal ini membuat seseorang yang tadinya baik-baik saja, tiba-tiba menangis hanya dalam beberapa minit, sedangkan mereka yang memiliki gula darah cukup, cenderung mengatasi permasalahannya," kata Deborah Colson, nutrisionis.

Jadi , mengapa gula boleh menyebabkan stress? Rupanya, makanan yang mengandungi gula dan mengalami pemrosesan biasanya dicerna dengan terlalu cepat pada tubuh. Hal ini membuat peningkatan insulin yang membuat tubuh menyimpan gula lebih banyak daripada membakarnya," ujar James Duigan.
Semakin gula dalam darah tak terkontrol, nyatanya ia membuat mood kita juga tidak terkontrol. Kita akan mudah lapar, marah, putus asa dan tak boleh berfikir waras. Jadi, kalau tak makan makanan seperti ini, makanan jenis apa yang boleh kita makan?

James Duigan mengatakan bahwa beberapa jenis makanan yang sebaiknya dimakan untuk melawan stress antara lain adalah buah-buahan berry karena mengandung vitamin C. Makanan ini boleh membantu tubuh mengatasi stress dan kaya serat yang boleh mengatur gula dalam darah kita.

Sayuran hijau tua juga boleh memberi tubuh tambahan vitamin dan mineral saat sedang dilanda stress. Selain itu, kacang-kacangan bisa meningkatkan imun sistem dan mengandung vitamin B untuk mengatasi stress. "Dengan mencuba tips ini, akan ada perubahan kecil dalam seminggu dan perubahan yang lebih besar dalam 3-4 minggu," ujar James.

Makanan manis memang tak sepenuhnya meredakan stress yang kita alami. Mulai saat ini, lebih selektif pilih makanan penghilang stress kita.


Kesimpulannya, makanan yang manis itu tidak semestinya dapat mengawal stress kita. Ramai wanita diluar sana fikir gula boleh meredakan stress kan. Patutlah bila makin dimakan makin jadi pemarah. Sekarang kita dah tahu buah-buahan dan sayuran adalah ubat mengawal stress yang paling bagus...renung-renungkan selamat beramal...salam

Cara Menjadi Menantu Yang Disayangi

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t..Hari ni saya nak kongsi bagaimana cara nak menjadi menantu yang disayangi..sesuai untuk yang dah pun berumah tangga atau pun belum lagi..mungkin beberapa tips ini dapat membantu..paling tidak pun mana-mana mertua dan menantu yang sedang tegang boleh dilembutkan..salah satu pihak kena mengalah, terutamanya yang mudalah..yang mertua mungkin sebab faktor usia, perubahan hormon, jadi adakala nya sikap mereka seperti kanak-kanak..insya Allah mertua dan menantu boleh menjadi kawan..macam saya..heee..walaupun tinggal berhampiran dengan mertua, ia bukan bebanan bagi sesetengah orang..pada saya satu kebaikan apabila kita yang muda menghadapi masalah yang orang -orang lebih tua dari kita lebih ketahui..

Pernikahan bukan hanya menyatukan cinta Anda dan pasangan, tapi juga keluarga dari kedua belah pihak. Namun, tak sedikit wanita yang memiliki masalah dengan mertua mereka. Padahal masalah dengan mertua sebaiknya dihindari agar tidak terjadi keretakan rumah tangga. Anda harus menjalin hubungan baik dengan mertua. Bagaimanapun juga, mertua adalah ibu dan ayah dan Anda harus menghargai dan menghormatinya. Anda boleh menjadi menantu kesayangan mertua. Tujuannya adalah agar hubungan baik selalu terjalin antara Anda dan mertua dan bagaimana cara agar menjadi menantu kesayangan. oklah, mari kita tengok beberapa tips yang sesuai. 

1. Berfikiran Tenang - Saat ingin bertemu dengan mertua, pastikan kita tidak dalam keadaan marah atau yang menjengkelkan. Jika ingin bertemu dan mengalami hal tersebut, maka akan jadi mudah tersinggung apapun yang dikatakan mertua. Untuk itu, alangkah baiknya agar tetap merasa rileks sehingga boleh membangkitkan suasana yang tenang dengan mertua.

2. Sentiasa Bertanyakan khabar - Biasakan untuk selalu bertanyakan khabar atau bertemu dengannya. Bukan tunggu hari raya sahaja. Jangan menunjukkan sikap yang malas dan canggung ketika bertemu dengannya. Selain itu, luangkan waktu untuk berbincang-bincang dengan mertua agar hubungan semakin akrab. Jika kita sering menghindari dari berjumpa dengan nya, ini memberi tanggapan yang menantu tidak menghormatinya

3. Mengambil hatinya -  Selain meluangkan waktu untuk berjumpa, kita juga harus pandai mengambil hatinya. Salah satu yang boleh kita lakukan adalah dengan bersikap baik dan manis di hadapannya. Contohnya , kita ingin menyambut hari lahirnya, mengadiahkannya dan memasak makanan kesukaannya. 

4. Carikan Persamaan - Cari persamaan antara kita dan mertua. kalau kita ada persamaan atau mengetahui apa yang disukainya, jadi tidak ada masalah hubungan akan menjadi lebih akrab. Contohnya jika mertua kita minat menanam bunya. Apa salahnya kita luangkan bersama hobinya itu dihari hari tertentu yang menunjukkan kita juga meminatinya. 

5. Menjadi diri sendiri -kita harus menjadi diri sendiri, Jangan mengubah seluruh hidup kerana ingin dilihat baik di depan mertua. Lakukanlah hal-hal positif dan berusahalah mendekatkan diri pada mereka. Dengan begitu, mertua akan meghargai usaha yang kita lakukan itu. 

6. Selalu beri suami perhatian - Mertua akan sangat menghargai jika kita memperlakukan suami dengan baik. Apalagi jika suami adalah anak tunggal. Tentunya mertua juga akan sangat menyayangi kita. Untuk itu, tak ada salahnya untuk memamerkan sedikit kemampuan kita sewaktu mengurus suami. Misalnya, memasak makanan kesukaan suami ketika mertua berkunjung ke rumah. 

7. Janjikan kehadiran cucu - Jika belum mendapatkan anak, maka beritahu mertua bahwa kita memiliki rencana tersebut. Kita boleh menjelaskan kepada mereka alasan saat ini menunda hamil dahulu. Namun, alasan tersebut harus baik dan demi kebaikan anak nanti. Janji kehadiran cucu itu penting kerana mertua tentunya ingin menjadi seorang nenek. 

8. Hindari pertengkaran - Jangan pernah mendebatkan hal sekecil apapun dengan mertua. Misalnya, mertua inginkan masakan kita kurang garam. Kita harus menghargai pendapatnya dan jangan merasa kesal. 

9. Menjaga suami dan anak dengan baik - Jika mertua selalu menuntut, maka kita harus sabar dan berusaha melakukan yang terbaik demi pasangan dan si buah hati. Menjaga suami dan anak dengan baik juga boleh  membuat kita disayang oleh mertua. Mertua akan melihat bahwa kita adalah seorang ibu yang bertanggung jawab. 

10. Selalu berpikir positif - Jika mertua termasuk orang yang cukup sulit didekati dan difahami, maka jangan  marah saat menghadapinya. Kita harus berpikir positif ketika sedang bersama mereka. Perlu kita ingat juga bahwa suami sangat menyayangi ayah dan ibunya. Hal positif itu akan membantu perasaan kesal menjadi lebih ringan sehingga kita boleh lebih baik sewaktu berusaha memjadikan hubungan baik dengan mertua. Itulah cara agar menjadi menantu kesayangan. Bagaimanapun juga hubungan mertua harus terjalin dengan baik agar kehidupan keluarga kita juga boleh bahagia.

Alhamdulillah, semoga mendapat barakah dari apa yang kita usahakan,,,Amin

Sunday 12 January 2014

Tips Membina Keluarga Yang Bertakwa

Teks : Rabiah Tugimin


 Assalamualaikum w.r.t, masih berkesempatan untuk melakarkan sedikit hidayah yang dapat kita kongsi kan bersama. Ibu Bapa, emak ayah, daddy mommy, papa mama istilah ni rasanya semua orang tahukan..Inilah antara panggilan untuk si anak kepada kedua orang tuanya..bila sebut pasal berbakti kepada ibu bapa, kita lihat berapa ramai yang benar-benar berbakti kepada kedua ibu dan bapanya, atau berapa ramai yang masih menyusah dan membebankan mereka lagi ker..Anak-anak zaman sekarang tidak seperti ibu dan bapa kita dizaman dahulu..anak-anak dahulu lahir jer terus berbedung sampailah habis pantang, kadang-kadang berbulan lamanya, elok ajer lakunya, tidurnya, senyapnya..cuba kita tengok anak-anak zaman sekarang ni..mak aikh..lahir-lahir ajer tak berbedung, bukan nya taknak masalahnya anak kecil tu yang merengek tak mahu di bedung, betul kan??..kita pun ikutlah rentaknya sehinggalah dewasa...

Wahai hamba-hamba Allah!! Sesungguhnya maksiat-maksiat yang paling besar terhadap Allah s.w.t di muka bumi ini antara lain adalah memutuskan hubungan tali persaudaraan dan derhaka kepada kedua ibu bapanya. Oleh itu Allah mengancam azab yang pedih pada mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan memutuskan tali persaudaraan.

Di samping perintah kita menyembah Allah, kita juga harus menunaikan perintah berbakti kepada kedua ibu bapa, memperlakukan dengan perlakuan yang baik dan bersilaraturrahim dengan saudaranya. Cuba kita perhatikan kedua ibu bapa kita yang sekarang sudah semakin meningkat usia, rambut sudah beruban, jalan terbongkok, karektor yang sudah berubah, mungkin pelupa, mungkin pendiam dan berbagai lagi. Sekarang mereka telah kehilangan masa remaja yang telah dihabiskan untuk membesarkan anak-anaknya. Tetapi cuba lihat anak-anaknya yang sudah dewasa, sihat tubuh badannya, akal fikirannya.

Cuba kita lihat ibu dan bapa ada yang dihantar di pusat orang-orang tua. Mungkin ada di antara mereka yang mempunyai anak-anak yang tinggal di villa, rumah yang besar, berorang gaji, sementara ibu dan bapanya hidup dalam kemiskinan, kesengsaraan dan penderitaan yang hanya Allah sahaja yang tahu. Kita pernah terbaca artikel anak-anak melawat ibu bapanya di hari raya dirumah orang-orang tua. Hati nurani apalah orang seperti ini? Tak ada jiwa dan perasaan kah diri mereka ini?

Dalam sebuah athar thelah disebutkan bahawa di akhir zaman nanti seseorang lebih suka memelihara seekor anak anjing daripada memelihara seorang anak. Memang benar hal ini telah berlaku pun di zaman sekarang. Teringat saya semasa saya masih bekerja sebelum ini, saya bekerja di organisasi yang ramai cina. Saya pernah terdengar luahan salah seorang rakan kerja saya yang mengeluh menjaga bapanya yang banyak kerenah seperti budak-budak, bapanya sudah sakit terlantar dan nyanyuk tinggal bersama dia sekeluarga dan 2 orang anaknya. Sedih saya dengar bila katanya ingin menghantar bapanya dirumah orang tua, tapi bayaran nya pula mahal, rakan saya berbangsa cina. Tak sempat dia menghantar bapanya kerumah orang tua-tua, bapanya pergi dahulu meninggalkannya.

Sedih saya bila mendengarnya, duit mereka banyak berkepuk-kepuk, tapi kedekut untuk menjaga seorang bapanya sahaja. Ada seorang rakan wanita saya pula meninggalkan 2 orang anaknya di kampung untuk dijaga ibunya. Alasannya, dia bekerja suami isteri, selalu balik lambat. Sebulan sekali atau cuti sekolah dia akan ambil anaknya, dari kecil sampailah sekarang dah 9 tahun rasanya. Sampai hati mereka ini, sebelum berkahwin, bercinta, berjanji ingin mempunyai anak-anak, hidup bahagia, bila dah beranak tak mahu pula dijaga, malah dihantar ke kampung.

Ingatlah, jangan kita salahkan anak-anak apabila suatu hari nanti kita juga akan dihantar ke rumah orang untuk dijaga. Sebagai seorang muslim, kita tahu syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Ingatlah bagaimana susahnya mereka menjaga kita dari kecil hingga dewasa, menjaga pakai, makan kita. Siang dan malam dia berbakti untuk keluarganya. Ingatlah, bagaimana ayah kita memberikan kita pendidikan, mencari rezeki untuk anak-anaknya, dari pagi hingga ke malam dengan keringat yang tak kering mencari rezeki. Lupakah kita bila masa ibu dan bapa kita memeluk, memangku dan mengusap kepala kita kerana kasihnya mereka tak dapat diungkap.

Kita telah lihat di dada akhbar begitu banyak ibu dan bapa yang merintih sedih diperlakukan zalim dari anak-anaknya. Ada satu petikan yang saya ambil dari HR Bukhari dan muslim, dimana pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w lalu bertanya:  "Wahai Rasullullah siapakah yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik" Rasulullah menjawab: "Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi. "Kemudian siapa?" Beliau menjawap."Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi."Kemudian siapa lagi?" Beliau menjawab. "Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi."Kemudian siapa lagi"?Beliau menjawap. "Ayahmu". Ibu lebih penting 3 kali ganda dari ayahnya, kerana ibu lah yang mengandung, yang menyusui, yang menyelimuti dan yang memberi kehangatan.

Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi kita memberi peringatan kepada diri kita sendiri, agar kita tidak lupa ada insan yang lebih penting yang lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Bagi yang bekerja sepenuh masa, jangan dilupa ibu dan bapa di kampung, rajin-rajinlah pulang melihat mereka, bertanyakan khabar mereka. Bukan wang ringgit yang mereka harapkan dari kita. Di usia hujung emas ini mereka sunyi dari kita yang dulu anak-anaknya yang memeriahkan rumahnya dengan gelak dan tawa.

Teristimewa untuk arwah ayahku Tugimin Bin Bahari, yang telah pergi meninggalkan kami tanggal 14 March 2012, Semoga Allah membalas kebaikan ayah dengan sebaik-baiknya balasan, memberi ayah minum dari telaga air yang dijanjikan sehingga ayah tidak kehausan selamanya. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang Allah kasihi. Insya Allah, janji Allah ia akan mengasihi hambanya yang sentiasa mengasihi orang-orang lain ketika hidupnya. Al-fatihah. Amin....



Saturday 11 January 2014

Tips Cara Berhias Rasullulah

Teks : Rabiah Tugimin


Assalamualaikum w.r.t..Salama pagi semoga segalanya di permudahkan oleh Allah. Hari ini kita kongsi lagi tentang cara berhias rasulullah. Sunnah Rasulullah s.a.w bukan terbatas pada kebersihan pakaian dan kecantikannya sahaja, tetapi beliau juga menitik beratkan perkara kebersihan dalam segala hal, kebersihan di dalam rumah, halaman rumah dan jalan, sama halnya beliau memperhatikan kebersihan pakaian dan keindahannya. Di sini saya kongsikan untuk renungan bersama.

Kerbersihan Anggota Tubuh Badan - Kita melihat kebersihan dari segi anggota tubuh mendapat perhatian yang sempurna dari kita setiap masa. Mandi setiap hari dan membersihkan tubuh badan dari kotoran. Cukuplah wuduk wajib untuk solat lima waktu sebagai contohnya. Beliau menganjurkan berwuduk dengan baik dan menyempurnakannya. Wuduk itu disunatkan, dituntut dan diberi pahala orang yang melakukanya. Selanjutnya, kebersihan anggota badan yang merupakan sunnah Rasullullah s.a.w adalah memcuci kedua tangan sebelum dan sesudah makan. Mengenai kebersihan badan, Rasulullalah menjadikannya sebagai kewajipan setiap orang Islam. Diantara petunjuk sunnah Rasulullah adalah mandi hari raya, mandi ketika berikhram dan berbekam. Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa dia berkata: " Nabi s.a.w mandi kerana empat hal, kerana junub, hari Jumaat, kerana berbekam dan mandi setelah memandikan mayat".

Kebersihan Mulut Dan Gigi - Dahulu Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan siwak, baik pada waktu siang mahupun malam, baik ketika berpuasa ataupun tidak berpuasa. Belia menjadikan siwak sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bersiwak adalah hal pertama dilakukan oleh Nabi ketika sampai dirumahnya. Rasulullah juga bersiwak ketika bangun dari tidurnya. Sekarang kita dapat lihat ramai orang tidak mahu ikut sunnah Nabi, tapi hakikatnya mengikut barat. Nabi bersiwak dari dahulu lagi untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk menghindari penyakit.

Kebersihan Kepala Dan Rambut - Hadis yang diriwayatkan Aisyah r.a Aisyah berkata " Ada lima perkara yang tidak pernah Nabi tinggalkan baik dalam perjalanan atau tidak dalam waktu perjalanan, iaitu : cermin, celak, sisir, minyak rambut dan siwak" Apabila Rasulullah s.a.w berbaring hendak tidur di malam hari beliau terlebih dahulu mempersiapkan siwak, air untuk bersuci dan sisir. Apabila beliau terbangun malam hari maka beliau bersiwak, berwuduk dan menyikat rambutnya. Rasullullah s.a.w selalu berusaha bersungguh-sungguh agar sahabat-sahabatnya mengikutinya baik dalam kebersihan dan kerapian.

Memakai Wangi-Wangian Dan Berhias - Telah diketahui secara masyur bahawa Nabi s.a.w sangat menyukai hal-hal yang wangi dan membenci hal-hal yang berbau tidak sedap. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w memakai wangi-wangian dari alwah (sejenis kayu gaharu) tanpa dicampur dengan wangian lain dan dengan kapur barus yang dicampur alwah. Rasulullah s.a.w tidak menolak apabila dihadiahkan minyak wangi. Beliau berpesan kepada sahabat-sahabat untuk tidak menolah apabila dihadiahi minyak wangi.

Tips Cara Berpakaian Rasullullah s.a.w

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t..saya masih nak sambung lagi tentang Rasulullah, iaitu Tips Cara Berpakaian Rasullullah s.a.w..saya cuba ingin sampaikan bagaimana Rasullullah s.a.w berpakaian dan bagaimana beliau berhias. Sekalipun pakaian dan perhiasan itu dilihat sewaktu di luar rumah sebenarnya berpakaian dan berhias itu dimulai dan dilakukan di dalam rumah dahulu...

Bentuk Pakaian Rasulullah - Rasullullah tidak pernah menentukan bentuk pakaiannya, tapi diriwayatkan beliau memakai kameja, seluar, mantel, kain sarung, jubah, serban, pengikat kepala, pakaian jenis jubah dan pakaian dari bulu. Bukan lah sebab beliau memilih pakaian di atas, tetapi mengikut keselesaannya, tapi yang paling utama adalah peranannya. Peranannya mengenai pakaian tersebut biarlah yang menutup aurat, pakaian yang memperbaguskan pemakainya dan pakaian yang menjaga dari panas dan sejuk.

Mempercantik Pakaian - Dasar utama kecantikan dan keindahan adalah keberssihan, apapun jenis pakaiannya, warnanya, bentuk kualitinya, tidaklah cantik dan indah jika tidak bersih. Rasullullah s.a.w berwasiat kepada sahabatnya agar memperhatikan pakaian dan penampilan, memerintahkan mereka agar memakai pakaian yang lebih bagus dan bersih pada hari raya dan hari Jumaat.

Warna-Warna Pakaian Rasullullah - Rasullullah s.w.t tidak pernah membatasi satu warna sahaja dalam berpakaian, tetapi beliau memakai lebih dari satu warna. Warna kesukaan Rasullullah adalah warna putih. Warna putih adalah warna adalah warna yang paling indah bagi orang yang melihat kecantikan pada kesucian dan kebersihan, ketenteraman dan ketenangan. Rasulullah membenci pakaian orang bukan muslim dipakai oleh kaum Muslimin, dan membenci lelaki yang memakai motif pakaian wanita.

Doa Nabi Ketika Memakai Pakaian - Apabila Rasullullah s.a.w memakai pakaian baru maka dia menyebut namanya, serban, baju atau selendang dan membaca doa. "Ya Allah, bagimu segala puji, engkau telah memberi pakaian kepadaku. Aku memohon kepada mu kebaikannya dan kebaikan yang terkandung di dalamnya. Aku berlindung dari kejahatan dan kejahatan didalamnya". Rasullullah apabila memakai pakaian baru lalu diambil pakaian nya yang lama dan disedekahkan.

Cara Nabi Memakai Dan Melepaskan Pakaian - Rasulullah s.a.w menyukai segala yang dilakukan dimulakan dari sebelah kanan. Beliau memakai pakaian dimulakan dari tangan sebelah kanan dan apabila melepaskan pakaian beliau memulakan dari tangan sebelah kiri. Ini samalah seperti ketika berwuduk kan. Setiap apa yang beliau lakukan sama ada ketika bersuci, memakai selipar dan menyikat rambut semua dimulakan dari sebelah kanan dahulu.

Pakaian Yang Tidak Disukai Rasulullah - Ada pakaian yang tidak disukai oleh beliau dan benar-benar menolaknya dengan kata lain beliau mengharamkannya. Oleh itu beliau tidak pernah memakainya dan beliau menyatakan bahawa pakaian itu tidak halal dipakai oleh orang muslim iaitu pakaian sutera. "Orang yang memakai pakaian sutera ini hanyalah orang yang tidak ada bahagiannya di akhirat" (HR Bukhari dan Muslim).

Hukum Memakai Pakaian Cantik - Janganlah memakai pakaian dengan niat membanggakan diri, bermegah-megah dan sombong. Rasullullah melarang memakai pakaian yang menimbulkan keangkuhan dan kesombongan, melarang seorang muslim menjadikan pakaiannya sebagai cita-cita dan menjadi perhatian. Tetapi tidak dilarang memakai pakaian yang bersih, indah dan bagus.

Alhamdulillah, semoga coretan yang telah saya ringkaskan di atas dapat memberikan sedikit manfaat dan peringatan kepada kita semua. Mungkin kadang-kadang kita terlupa tujuan untuk sesuatu yang kita lakukan. Biarlah apa yang dilalukan berpandukan sunnah Rasul untuk kebaikan kita dan keluarga kita seadanya. Amin

Tips Kebersihan Anjuran Rasullullah

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum...malam ni saya nak kongsi lagi dengan rakan rakan semua yang berkaitan dengan tajuk diatas..Sudah agak lama juga saya simpan buku Ilmu Asas ketakwaan ini, Mengenal Rumah Tangga Rasullullah S.A.W..Utamakan yang halal hindari yang haram hidup penuh keberkatan..

Alhamdullillah...walaupun hati saya waktu ni masih dibelenggu beberapa masalah yang masih belum selesai hingga tiada masa membuka laptop untuk mencoret rentetan ilmu yang berguna untuk semua..

Kalau kita baca dari kitab-kitab dan buku-buku ilmuan yang lain ada diceritakan tentang kesederhanaan hidup Rasullullah s.a.w..Kita bukan minta semua manusia meninggalkan rumah dan perabot perabotnya..tapi mengikut sunnah Rasullullah s.a.w seorang muslim harus hidup sesuai dengan realiti linkungan kehidupannya. Oleh itu seorang muslim tidak boleh menjadikan harta benda dunia sebagai cita-cita dan tujuan untuk duniawi sahaja..kerana sesungguhnya orang yang mampu mengalahkan keinginan dan syahwatnya yang mana dia dapat menjaga kehidupan, kesihatan dan melaksanakan kewajipannya terhadap keluarga, kaum dan agamanya, menjaga kehormatan dan kedudukannya, bahawa dia telah menunaikan sunnah dan istiqamah yang sungguh-sungguh.

Sesungguhnya Rasullullah s.a.w bukanlah tidak mampu seperti kita dizaman sekarang, mempunyai harta yang banyak diantaranya. Seandainya Nabi s.a.w mahu, mestilah tempat tidurnya diperbuat dari kain sutera, rumahnya dari emas dan perak. Beliau pernah berkata " Seandainya aku mahu nescaya Allah memberi gunung emas dan perak padaku". Tapi bukan semua itu yang penting untuk beliau, malah dapat mengalahkan kenikmatan dunia.

Ada dinyatakan rumah Rasullullah s.a.w adalah rumah yang sangat indah dan bersih, penuh keharuman serta kesederhanaan. Rasulullah s.a.w selalu mengajarkan kebersihan kepada sahabat-sahabatnya, menganjurkan kebersihan, menyukai yang harum dan menganjurkan memakai wangi-wangian. Sebab beliau bersabda :

         "Sesunnguhnya Allah itu baik dan menyukai yang baik, bersih dan menyukai kebersih
an, dermawan dan menyukai kedermawaan, murah hari dan menyukai kemurahan hati. Oleh itu bersihkanlah perkarangan rumah kamu dan janganlah kamu menyerupai orang-orang Yahudi"

Beliau pernah bersabda : " Keluarkanlah sapu tangan untuk membersihkan tangan dari kotoran daging dari rumah kamu, sebab ia adalah tempat tinggal syaitan". Kalau lebih senang dalam bahasa modennya, "Buanglah sampah jangan sampai bermalam di dalam rumah kamu". Tapi kalau kita tengok sekarang rumah-rumah yang besar, mencakar langit yang dilengkapi perabot, sofa, sutera, dengan lampu-lampunya, tapi..rumah tersebut masih memerlukan orang yang mengajar kepada penghuninya bagaimana membuang sampah agar tidak bermalam dengan kita.

Sebab itulah Rasullullah s.a.w pernah berkata, sesiapa yang tidur sedangkan tangannya masih ada sisa makanan, lalu digigit serangga ker..janganlah kita nak mencela, memaki hamun. Kita sendiri boleh fikir kenapa adanya semut, lipas, tikus di dalam rumah kan?..mesti masih ada sisa makanan dan tempat-tempat yang terdapat kotor yang menyebabkan binatang ini masuk ker rumah..

Kita sebagai manusia tak lari dari melakukan kesilapan..carilah kesilapan di dalam diri kita dahulu. Insya Allah kita akan beroleh ketenangan jika hati kita bersih, minda kita bersih dan rumah kita yang bersih..renung-renungkan selamat beramal..semoga apa yang dicoretkan mendapat sedikit hidayah untuk semua..amin...

Tips Mengenal RumahTangga Rasullullah (Kuku)

Teks : Rabiah Tugimin





Assalamualaikum, ya Allah, lamanya saya tidak mencoret apa-apa disini. Kasihan pada guru saya Nisa dan lebih kesian pada diri saya yang tidak berkesempatan menguruskan masa dengan lebih tersusun..masa yang sibuk dengan menguruskan kedai makan, tanggungjawap pada keluarga dan terutamanya pada anak-anak yang baru masuk sekolah semula..Insya Allah semoga kali ini saya diberi kesempatan meneruskan impian saya..insya Allah.. Saya baru terbaca satu artikel sahabat facebook saya di wall. Terasa ingin dikongsi di dalam blog ini untuk tatapan rakan rakan yang lain. Artikel ni sesuai untuk mereka yang suka menyimpan kuku yang panjang..rasanya dah ramai yang tahu hukumnya menyimpan kuku yang panjang, tetapi untuk peringatan yang dapat diingati saya coretkan di sini..Ini untuk peringatan lah, sebagai muslim dikatakan bahawa meyimpan sebatang jari dengan kuku yang panjang dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!!ataupun kinzir..heee..nanti ada yang kata kasar pulak..kalau lah semua sepuluh jari kita simpan kuku yang panjang, nauzubillah...bayangkan berapa kandang kita ternak, dan bayangkan berapa banyak dosa yang kita tanggung untuk kesemua babi tu...lebih baik ternak ayam, itik ker kan...dapat rezekinya. Jelasnya, jangan lah kita ada niat untuk menyimpan kuku panjang ker, sikit panjang ker, atau satu jari ker, kadang kadang ada yang simpan satu jari terutamanya jari kelingking. Apalah motifnya kan..macam tau ajer untuk aperkan. Sebagai orang islam kita gunakan tangan untuk berhadas jadi amat sangatlah dielak kuku yang panjang. Orang islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau degil kerana telah diberi makan bahan kotor yang berada dikuku emaknya..bayangkan lah kita memerah santan, memasak sekodok dan menguli tepung dan masak untuk diberi kepada anak anak dan suami kita makan..nanti apa ilmu yang diajar pun susah nak masuk di kepala. Percayalah, untuk yang bujang carilah pasangan yang dapat menjaga waris mu sebaiknya, carilah lah mereka yang berkeperibadian baik. Terang terang mereka yang berkuku pendek elok akhlaknya dan tentu sekali beringat menjaga kebersihan. Disekolah dulu pun kita telah di ajar cikgu, kuman yang banyak adalah ditelapak tangan kita. Kalau kuku kita panjang tentu kuman lagi banyak disimpan..kuman yang terdapat dicelah kuku ialah kuam E-Coli yang ada didalam najis manusia. Sentiasalah berkuku pendek untuk kebersihan dan kesihatan kita sendiri, sekaligus untuk kesihatan anak anak kita juga. Kebersihan melambangkan keperibadian seseorang itu. Insya Allah, jika kita niat yang baik untuk diri dan keluarga kita akan sentiasa ingat atau diingatkan perkara ini. Perkara yang baik itu semua datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kita sendiri, jadi setiasalah perbaiki diri selalu..Insya Allah..