Saturday 11 January 2014

Tips Cara Berpakaian Rasullullah s.a.w

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t..saya masih nak sambung lagi tentang Rasulullah, iaitu Tips Cara Berpakaian Rasullullah s.a.w..saya cuba ingin sampaikan bagaimana Rasullullah s.a.w berpakaian dan bagaimana beliau berhias. Sekalipun pakaian dan perhiasan itu dilihat sewaktu di luar rumah sebenarnya berpakaian dan berhias itu dimulai dan dilakukan di dalam rumah dahulu...

Bentuk Pakaian Rasulullah - Rasullullah tidak pernah menentukan bentuk pakaiannya, tapi diriwayatkan beliau memakai kameja, seluar, mantel, kain sarung, jubah, serban, pengikat kepala, pakaian jenis jubah dan pakaian dari bulu. Bukan lah sebab beliau memilih pakaian di atas, tetapi mengikut keselesaannya, tapi yang paling utama adalah peranannya. Peranannya mengenai pakaian tersebut biarlah yang menutup aurat, pakaian yang memperbaguskan pemakainya dan pakaian yang menjaga dari panas dan sejuk.

Mempercantik Pakaian - Dasar utama kecantikan dan keindahan adalah keberssihan, apapun jenis pakaiannya, warnanya, bentuk kualitinya, tidaklah cantik dan indah jika tidak bersih. Rasullullah s.a.w berwasiat kepada sahabatnya agar memperhatikan pakaian dan penampilan, memerintahkan mereka agar memakai pakaian yang lebih bagus dan bersih pada hari raya dan hari Jumaat.

Warna-Warna Pakaian Rasullullah - Rasullullah s.w.t tidak pernah membatasi satu warna sahaja dalam berpakaian, tetapi beliau memakai lebih dari satu warna. Warna kesukaan Rasullullah adalah warna putih. Warna putih adalah warna adalah warna yang paling indah bagi orang yang melihat kecantikan pada kesucian dan kebersihan, ketenteraman dan ketenangan. Rasulullah membenci pakaian orang bukan muslim dipakai oleh kaum Muslimin, dan membenci lelaki yang memakai motif pakaian wanita.

Doa Nabi Ketika Memakai Pakaian - Apabila Rasullullah s.a.w memakai pakaian baru maka dia menyebut namanya, serban, baju atau selendang dan membaca doa. "Ya Allah, bagimu segala puji, engkau telah memberi pakaian kepadaku. Aku memohon kepada mu kebaikannya dan kebaikan yang terkandung di dalamnya. Aku berlindung dari kejahatan dan kejahatan didalamnya". Rasullullah apabila memakai pakaian baru lalu diambil pakaian nya yang lama dan disedekahkan.

Cara Nabi Memakai Dan Melepaskan Pakaian - Rasulullah s.a.w menyukai segala yang dilakukan dimulakan dari sebelah kanan. Beliau memakai pakaian dimulakan dari tangan sebelah kanan dan apabila melepaskan pakaian beliau memulakan dari tangan sebelah kiri. Ini samalah seperti ketika berwuduk kan. Setiap apa yang beliau lakukan sama ada ketika bersuci, memakai selipar dan menyikat rambut semua dimulakan dari sebelah kanan dahulu.

Pakaian Yang Tidak Disukai Rasulullah - Ada pakaian yang tidak disukai oleh beliau dan benar-benar menolaknya dengan kata lain beliau mengharamkannya. Oleh itu beliau tidak pernah memakainya dan beliau menyatakan bahawa pakaian itu tidak halal dipakai oleh orang muslim iaitu pakaian sutera. "Orang yang memakai pakaian sutera ini hanyalah orang yang tidak ada bahagiannya di akhirat" (HR Bukhari dan Muslim).

Hukum Memakai Pakaian Cantik - Janganlah memakai pakaian dengan niat membanggakan diri, bermegah-megah dan sombong. Rasullullah melarang memakai pakaian yang menimbulkan keangkuhan dan kesombongan, melarang seorang muslim menjadikan pakaiannya sebagai cita-cita dan menjadi perhatian. Tetapi tidak dilarang memakai pakaian yang bersih, indah dan bagus.

Alhamdulillah, semoga coretan yang telah saya ringkaskan di atas dapat memberikan sedikit manfaat dan peringatan kepada kita semua. Mungkin kadang-kadang kita terlupa tujuan untuk sesuatu yang kita lakukan. Biarlah apa yang dilalukan berpandukan sunnah Rasul untuk kebaikan kita dan keluarga kita seadanya. Amin

No comments:

Post a Comment