Saturday 11 January 2014

Tips Cara Berhias Rasullulah

Teks : Rabiah Tugimin


Assalamualaikum w.r.t..Salama pagi semoga segalanya di permudahkan oleh Allah. Hari ini kita kongsi lagi tentang cara berhias rasulullah. Sunnah Rasulullah s.a.w bukan terbatas pada kebersihan pakaian dan kecantikannya sahaja, tetapi beliau juga menitik beratkan perkara kebersihan dalam segala hal, kebersihan di dalam rumah, halaman rumah dan jalan, sama halnya beliau memperhatikan kebersihan pakaian dan keindahannya. Di sini saya kongsikan untuk renungan bersama.

Kerbersihan Anggota Tubuh Badan - Kita melihat kebersihan dari segi anggota tubuh mendapat perhatian yang sempurna dari kita setiap masa. Mandi setiap hari dan membersihkan tubuh badan dari kotoran. Cukuplah wuduk wajib untuk solat lima waktu sebagai contohnya. Beliau menganjurkan berwuduk dengan baik dan menyempurnakannya. Wuduk itu disunatkan, dituntut dan diberi pahala orang yang melakukanya. Selanjutnya, kebersihan anggota badan yang merupakan sunnah Rasullullah s.a.w adalah memcuci kedua tangan sebelum dan sesudah makan. Mengenai kebersihan badan, Rasulullalah menjadikannya sebagai kewajipan setiap orang Islam. Diantara petunjuk sunnah Rasulullah adalah mandi hari raya, mandi ketika berikhram dan berbekam. Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa dia berkata: " Nabi s.a.w mandi kerana empat hal, kerana junub, hari Jumaat, kerana berbekam dan mandi setelah memandikan mayat".

Kebersihan Mulut Dan Gigi - Dahulu Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan siwak, baik pada waktu siang mahupun malam, baik ketika berpuasa ataupun tidak berpuasa. Belia menjadikan siwak sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bersiwak adalah hal pertama dilakukan oleh Nabi ketika sampai dirumahnya. Rasulullah juga bersiwak ketika bangun dari tidurnya. Sekarang kita dapat lihat ramai orang tidak mahu ikut sunnah Nabi, tapi hakikatnya mengikut barat. Nabi bersiwak dari dahulu lagi untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk menghindari penyakit.

Kebersihan Kepala Dan Rambut - Hadis yang diriwayatkan Aisyah r.a Aisyah berkata " Ada lima perkara yang tidak pernah Nabi tinggalkan baik dalam perjalanan atau tidak dalam waktu perjalanan, iaitu : cermin, celak, sisir, minyak rambut dan siwak" Apabila Rasulullah s.a.w berbaring hendak tidur di malam hari beliau terlebih dahulu mempersiapkan siwak, air untuk bersuci dan sisir. Apabila beliau terbangun malam hari maka beliau bersiwak, berwuduk dan menyikat rambutnya. Rasullullah s.a.w selalu berusaha bersungguh-sungguh agar sahabat-sahabatnya mengikutinya baik dalam kebersihan dan kerapian.

Memakai Wangi-Wangian Dan Berhias - Telah diketahui secara masyur bahawa Nabi s.a.w sangat menyukai hal-hal yang wangi dan membenci hal-hal yang berbau tidak sedap. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w memakai wangi-wangian dari alwah (sejenis kayu gaharu) tanpa dicampur dengan wangian lain dan dengan kapur barus yang dicampur alwah. Rasulullah s.a.w tidak menolak apabila dihadiahkan minyak wangi. Beliau berpesan kepada sahabat-sahabat untuk tidak menolah apabila dihadiahi minyak wangi.

No comments:

Post a Comment