Sunday 12 January 2014

Tips Membina Keluarga Yang Bertakwa

Teks : Rabiah Tugimin


 Assalamualaikum w.r.t, masih berkesempatan untuk melakarkan sedikit hidayah yang dapat kita kongsi kan bersama. Ibu Bapa, emak ayah, daddy mommy, papa mama istilah ni rasanya semua orang tahukan..Inilah antara panggilan untuk si anak kepada kedua orang tuanya..bila sebut pasal berbakti kepada ibu bapa, kita lihat berapa ramai yang benar-benar berbakti kepada kedua ibu dan bapanya, atau berapa ramai yang masih menyusah dan membebankan mereka lagi ker..Anak-anak zaman sekarang tidak seperti ibu dan bapa kita dizaman dahulu..anak-anak dahulu lahir jer terus berbedung sampailah habis pantang, kadang-kadang berbulan lamanya, elok ajer lakunya, tidurnya, senyapnya..cuba kita tengok anak-anak zaman sekarang ni..mak aikh..lahir-lahir ajer tak berbedung, bukan nya taknak masalahnya anak kecil tu yang merengek tak mahu di bedung, betul kan??..kita pun ikutlah rentaknya sehinggalah dewasa...

Wahai hamba-hamba Allah!! Sesungguhnya maksiat-maksiat yang paling besar terhadap Allah s.w.t di muka bumi ini antara lain adalah memutuskan hubungan tali persaudaraan dan derhaka kepada kedua ibu bapanya. Oleh itu Allah mengancam azab yang pedih pada mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan memutuskan tali persaudaraan.

Di samping perintah kita menyembah Allah, kita juga harus menunaikan perintah berbakti kepada kedua ibu bapa, memperlakukan dengan perlakuan yang baik dan bersilaraturrahim dengan saudaranya. Cuba kita perhatikan kedua ibu bapa kita yang sekarang sudah semakin meningkat usia, rambut sudah beruban, jalan terbongkok, karektor yang sudah berubah, mungkin pelupa, mungkin pendiam dan berbagai lagi. Sekarang mereka telah kehilangan masa remaja yang telah dihabiskan untuk membesarkan anak-anaknya. Tetapi cuba lihat anak-anaknya yang sudah dewasa, sihat tubuh badannya, akal fikirannya.

Cuba kita lihat ibu dan bapa ada yang dihantar di pusat orang-orang tua. Mungkin ada di antara mereka yang mempunyai anak-anak yang tinggal di villa, rumah yang besar, berorang gaji, sementara ibu dan bapanya hidup dalam kemiskinan, kesengsaraan dan penderitaan yang hanya Allah sahaja yang tahu. Kita pernah terbaca artikel anak-anak melawat ibu bapanya di hari raya dirumah orang-orang tua. Hati nurani apalah orang seperti ini? Tak ada jiwa dan perasaan kah diri mereka ini?

Dalam sebuah athar thelah disebutkan bahawa di akhir zaman nanti seseorang lebih suka memelihara seekor anak anjing daripada memelihara seorang anak. Memang benar hal ini telah berlaku pun di zaman sekarang. Teringat saya semasa saya masih bekerja sebelum ini, saya bekerja di organisasi yang ramai cina. Saya pernah terdengar luahan salah seorang rakan kerja saya yang mengeluh menjaga bapanya yang banyak kerenah seperti budak-budak, bapanya sudah sakit terlantar dan nyanyuk tinggal bersama dia sekeluarga dan 2 orang anaknya. Sedih saya dengar bila katanya ingin menghantar bapanya dirumah orang tua, tapi bayaran nya pula mahal, rakan saya berbangsa cina. Tak sempat dia menghantar bapanya kerumah orang tua-tua, bapanya pergi dahulu meninggalkannya.

Sedih saya bila mendengarnya, duit mereka banyak berkepuk-kepuk, tapi kedekut untuk menjaga seorang bapanya sahaja. Ada seorang rakan wanita saya pula meninggalkan 2 orang anaknya di kampung untuk dijaga ibunya. Alasannya, dia bekerja suami isteri, selalu balik lambat. Sebulan sekali atau cuti sekolah dia akan ambil anaknya, dari kecil sampailah sekarang dah 9 tahun rasanya. Sampai hati mereka ini, sebelum berkahwin, bercinta, berjanji ingin mempunyai anak-anak, hidup bahagia, bila dah beranak tak mahu pula dijaga, malah dihantar ke kampung.

Ingatlah, jangan kita salahkan anak-anak apabila suatu hari nanti kita juga akan dihantar ke rumah orang untuk dijaga. Sebagai seorang muslim, kita tahu syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Ingatlah bagaimana susahnya mereka menjaga kita dari kecil hingga dewasa, menjaga pakai, makan kita. Siang dan malam dia berbakti untuk keluarganya. Ingatlah, bagaimana ayah kita memberikan kita pendidikan, mencari rezeki untuk anak-anaknya, dari pagi hingga ke malam dengan keringat yang tak kering mencari rezeki. Lupakah kita bila masa ibu dan bapa kita memeluk, memangku dan mengusap kepala kita kerana kasihnya mereka tak dapat diungkap.

Kita telah lihat di dada akhbar begitu banyak ibu dan bapa yang merintih sedih diperlakukan zalim dari anak-anaknya. Ada satu petikan yang saya ambil dari HR Bukhari dan muslim, dimana pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w lalu bertanya:  "Wahai Rasullullah siapakah yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik" Rasulullah menjawab: "Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi. "Kemudian siapa?" Beliau menjawap."Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi."Kemudian siapa lagi?" Beliau menjawab. "Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi."Kemudian siapa lagi"?Beliau menjawap. "Ayahmu". Ibu lebih penting 3 kali ganda dari ayahnya, kerana ibu lah yang mengandung, yang menyusui, yang menyelimuti dan yang memberi kehangatan.

Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi kita memberi peringatan kepada diri kita sendiri, agar kita tidak lupa ada insan yang lebih penting yang lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Bagi yang bekerja sepenuh masa, jangan dilupa ibu dan bapa di kampung, rajin-rajinlah pulang melihat mereka, bertanyakan khabar mereka. Bukan wang ringgit yang mereka harapkan dari kita. Di usia hujung emas ini mereka sunyi dari kita yang dulu anak-anaknya yang memeriahkan rumahnya dengan gelak dan tawa.

Teristimewa untuk arwah ayahku Tugimin Bin Bahari, yang telah pergi meninggalkan kami tanggal 14 March 2012, Semoga Allah membalas kebaikan ayah dengan sebaik-baiknya balasan, memberi ayah minum dari telaga air yang dijanjikan sehingga ayah tidak kehausan selamanya. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang Allah kasihi. Insya Allah, janji Allah ia akan mengasihi hambanya yang sentiasa mengasihi orang-orang lain ketika hidupnya. Al-fatihah. Amin....



No comments:

Post a Comment