Teks : Rabiah Tugimin
Assalamualaikum w.r.t..sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memohon pertolongan, perlindungan dan petunjuk kepadanya. Kami berlindung kepada Allah dari Hawa Nafsu dan kejahatan keburukan amal perbuatan kami. Allah s.w.t telah berfirman, iaitu mengingatkan manusia agar bertakwa kepadanya, dalam surah An-Nisa' 1 yang bermaksud :
"Wahai sekalian manusia!Bertakwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikannya daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa)".
Wanita bagi kita adalah ibu, isteri, saudara, anak, pengajar, pendidik dan pendakwah. Rasullullah pernah bersabda "orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku di antara kamu". Rasulullah jika berada di dalam rumah suka bergurau dengan keluarganya dan berwibawa jika berada di luar rumah. Lain pulak halnya dengan yang dilakukan oleh sebahagian orang di zaman sekarang berbuat sebaliknya, mereka lebih suka bergurau dan banyak ketawa jika bersama rakan-rakan, dan bila balik kerumah pula diam dan bermuka masam terhadap isteri dan anak-anak.
Untuk menjadi tirai penghalang dari api neraka didiklah anak perempuan mengikut tuntutan al-quran dan sunnah. Bagaimana pula halnya di zaman sekarang, ada kaum wanita teraniaya oleh sebahagian suami, kerana si suami memperlakukan wanita seperti tunggangan. Tidak ada penghargaan dan tidak ada kasih sayang kepadanya. Kadang-kadang pendapat isteri tidak pernah didengar malahan merperlakukan dengan cara yang kasar seperti isteri itu makhluk lain.
Rasulullah sangat menghargi kaum wanita sehingga beliau menyebut mereka dengan nama masing-masing dan panggilan yang mulia.
Contohilah sikap Rasulullah didalam mengamalkan nya didalam kehidupan harian kita. Semoga kita menjadi umat dan ikutan kepada anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan kita.
Ingatlah!! setitik air mata wanita itu, tiang keluarga itu akan disebab 100 kali dengan tulang rusuk wanita..bayangkan sudah berapa banyak air mata wanita dikeluarkan..ingatlah wahai imam-imam ku..jadikan ia sebagai peringatan untuk bersama...Amin
No comments:
Post a Comment