Teks : Rabiah Tugimin
Assalamualaikum...malam ni saya nak kongsi lagi dengan rakan rakan semua yang berkaitan dengan tajuk diatas..Sudah agak lama juga saya simpan buku Ilmu Asas ketakwaan ini, Mengenal Rumah Tangga Rasullullah S.A.W..Utamakan yang halal hindari yang haram hidup penuh keberkatan..
Alhamdullillah...walaupun hati saya waktu ni masih dibelenggu beberapa masalah yang masih belum selesai hingga tiada masa membuka laptop untuk mencoret rentetan ilmu yang berguna untuk semua..
Kalau kita baca dari kitab-kitab dan buku-buku ilmuan yang lain ada diceritakan tentang kesederhanaan hidup Rasullullah s.a.w..Kita bukan minta semua manusia meninggalkan rumah dan perabot perabotnya..tapi mengikut sunnah Rasullullah s.a.w seorang muslim harus hidup sesuai dengan realiti linkungan kehidupannya. Oleh itu seorang muslim tidak boleh menjadikan harta benda dunia sebagai cita-cita dan tujuan untuk duniawi sahaja..kerana sesungguhnya orang yang mampu mengalahkan keinginan dan syahwatnya yang mana dia dapat menjaga kehidupan, kesihatan dan melaksanakan kewajipannya terhadap keluarga, kaum dan agamanya, menjaga kehormatan dan kedudukannya, bahawa dia telah menunaikan sunnah dan istiqamah yang sungguh-sungguh.
Sesungguhnya Rasullullah s.a.w bukanlah tidak mampu seperti kita dizaman sekarang, mempunyai harta yang banyak diantaranya. Seandainya Nabi s.a.w mahu, mestilah tempat tidurnya diperbuat dari kain sutera, rumahnya dari emas dan perak. Beliau pernah berkata " Seandainya aku mahu nescaya Allah memberi gunung emas dan perak padaku". Tapi bukan semua itu yang penting untuk beliau, malah dapat mengalahkan kenikmatan dunia.
Ada dinyatakan rumah Rasullullah s.a.w adalah rumah yang sangat indah dan bersih, penuh keharuman serta kesederhanaan. Rasulullah s.a.w selalu mengajarkan kebersihan kepada sahabat-sahabatnya, menganjurkan kebersihan, menyukai yang harum dan menganjurkan memakai wangi-wangian. Sebab beliau bersabda :
"Sesunnguhnya Allah itu baik dan menyukai yang baik, bersih dan menyukai kebersih
an, dermawan dan menyukai kedermawaan, murah hari dan menyukai kemurahan hati. Oleh itu bersihkanlah perkarangan rumah kamu dan janganlah kamu menyerupai orang-orang Yahudi"
Beliau pernah bersabda : " Keluarkanlah sapu tangan untuk membersihkan tangan dari kotoran daging dari rumah kamu, sebab ia adalah tempat tinggal syaitan". Kalau lebih senang dalam bahasa modennya, "Buanglah sampah jangan sampai bermalam di dalam rumah kamu". Tapi kalau kita tengok sekarang rumah-rumah yang besar, mencakar langit yang dilengkapi perabot, sofa, sutera, dengan lampu-lampunya, tapi..rumah tersebut masih memerlukan orang yang mengajar kepada penghuninya bagaimana membuang sampah agar tidak bermalam dengan kita.
Sebab itulah Rasullullah s.a.w pernah berkata, sesiapa yang tidur sedangkan tangannya masih ada sisa makanan, lalu digigit serangga ker..janganlah kita nak mencela, memaki hamun. Kita sendiri boleh fikir kenapa adanya semut, lipas, tikus di dalam rumah kan?..mesti masih ada sisa makanan dan tempat-tempat yang terdapat kotor yang menyebabkan binatang ini masuk ker rumah..
Kita sebagai manusia tak lari dari melakukan kesilapan..carilah kesilapan di dalam diri kita dahulu. Insya Allah kita akan beroleh ketenangan jika hati kita bersih, minda kita bersih dan rumah kita yang bersih..renung-renungkan selamat beramal..semoga apa yang dicoretkan mendapat sedikit hidayah untuk semua..amin...
No comments:
Post a Comment