Saturday 11 January 2014

Tips Mengenal RumahTangga Rasullullah (Kuku)

Teks : Rabiah Tugimin





Assalamualaikum, ya Allah, lamanya saya tidak mencoret apa-apa disini. Kasihan pada guru saya Nisa dan lebih kesian pada diri saya yang tidak berkesempatan menguruskan masa dengan lebih tersusun..masa yang sibuk dengan menguruskan kedai makan, tanggungjawap pada keluarga dan terutamanya pada anak-anak yang baru masuk sekolah semula..Insya Allah semoga kali ini saya diberi kesempatan meneruskan impian saya..insya Allah.. Saya baru terbaca satu artikel sahabat facebook saya di wall. Terasa ingin dikongsi di dalam blog ini untuk tatapan rakan rakan yang lain. Artikel ni sesuai untuk mereka yang suka menyimpan kuku yang panjang..rasanya dah ramai yang tahu hukumnya menyimpan kuku yang panjang, tetapi untuk peringatan yang dapat diingati saya coretkan di sini..Ini untuk peringatan lah, sebagai muslim dikatakan bahawa meyimpan sebatang jari dengan kuku yang panjang dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!!ataupun kinzir..heee..nanti ada yang kata kasar pulak..kalau lah semua sepuluh jari kita simpan kuku yang panjang, nauzubillah...bayangkan berapa kandang kita ternak, dan bayangkan berapa banyak dosa yang kita tanggung untuk kesemua babi tu...lebih baik ternak ayam, itik ker kan...dapat rezekinya. Jelasnya, jangan lah kita ada niat untuk menyimpan kuku panjang ker, sikit panjang ker, atau satu jari ker, kadang kadang ada yang simpan satu jari terutamanya jari kelingking. Apalah motifnya kan..macam tau ajer untuk aperkan. Sebagai orang islam kita gunakan tangan untuk berhadas jadi amat sangatlah dielak kuku yang panjang. Orang islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau degil kerana telah diberi makan bahan kotor yang berada dikuku emaknya..bayangkan lah kita memerah santan, memasak sekodok dan menguli tepung dan masak untuk diberi kepada anak anak dan suami kita makan..nanti apa ilmu yang diajar pun susah nak masuk di kepala. Percayalah, untuk yang bujang carilah pasangan yang dapat menjaga waris mu sebaiknya, carilah lah mereka yang berkeperibadian baik. Terang terang mereka yang berkuku pendek elok akhlaknya dan tentu sekali beringat menjaga kebersihan. Disekolah dulu pun kita telah di ajar cikgu, kuman yang banyak adalah ditelapak tangan kita. Kalau kuku kita panjang tentu kuman lagi banyak disimpan..kuman yang terdapat dicelah kuku ialah kuam E-Coli yang ada didalam najis manusia. Sentiasalah berkuku pendek untuk kebersihan dan kesihatan kita sendiri, sekaligus untuk kesihatan anak anak kita juga. Kebersihan melambangkan keperibadian seseorang itu. Insya Allah, jika kita niat yang baik untuk diri dan keluarga kita akan sentiasa ingat atau diingatkan perkara ini. Perkara yang baik itu semua datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kita sendiri, jadi setiasalah perbaiki diri selalu..Insya Allah..

No comments:

Post a Comment