Wednesday 16 May 2018

Cerpen 1- Sepasang Baju Itu

Teks : Rabiah Tugimin (Orked Ungu)

Dari tadi sekujur tubuh yang sedang asyik merenung jauh keluar tingkap asramanya..hujan di luar masih lagi lebat. Sudah seminggu rasanya hujan kerap turun di waktu petang. Waktu yang sangat asyik jika dapat melelapkan mata untuk beradu. Tapi tidak bagi si tubuh mulus ini. Waktu ini membuat kan dirinya terasa tenang sambil mengimbau kenangan-kenangan lamanya.

"Iskh..mana pula letak ni, semalam ada" keluh Mila sambil tangan tak berhenti dari mencari-cari sesuatu didalam lipatan pakaiannya itu. "Ehm..mesti ada dalam bilik mak ni". Mila beralih mencari di dalam bilik mak Jah pula, selepas yakin mencari di dalam biliknya tadi tidak dijumpai. Mak Jah memerhati sahaja dari jauh gelagat anak sulong nya itu. Itulah anak yang selalu membantunya dirumah. Anak yang ringan tulang. Tahu susah senang emak dan ayahnya. Urusan adik-adiknya serahlah pada Mila, Mak Jah tak perlu pening kepala dan risaukan anak-anak yang lain kalau Mila ada. Macam manalah agaknya nanti bila Mila tamat SPM nanti. Mesti Mila mahu meneruskan cita-cita dan impiannya. Mak Jah bermain dengan hati dan perasaannya sendiri. 

No comments:

Post a Comment