Wednesday 16 May 2018

Sudah Tertulis Jalan Cerita

Teks : Rabiah Tugimin

Lamanya rasa ku tinggalkan coretan blog ku ini. Sepi dan suram seperti puan punya blog..kih.kih..kih...2018 dah lama berlalu..esok dah nak menyambut bulan Ramadhan..hehehe..hari ni baru sibuk nak buka blog. Itu pun gara-gara godek playstore..eh..terjumpa pulak aplikasi playstore blogger ni..betul-betul ketinggalan nampaknya...tak mahu cakap panjang, cuma nak lepaskan rindu je dah lama tak berblogging...macam mana yer orang lain boleh berblogging hari hati...tekun dan istiqhamah...bee pun nak macam tu jugak. Semoga Allah buka hati ku seluas luasnya..amin...

Bila menjelang 2018 hari tu, mesti ramai yang tertanya tanya mana lah agaknya cikbee ni. Facebook lama tak update, instagram lagi lah..kedai craft pun dah tutup. Sebenarnya cikbee pun serba salah dibuatnya. Sama ada mahu teruskan kedai kraf tersebut atau duduk semula di rumah sebagai WAHM. Terlalu banyak dugaan dan cabaran Cikbee berniaga. Baru lah tahu bagaimana rasanya berniaga sendiri, mengusahakan sesuatu perniagaan itu untuk mencari rezeki. Tercabar dan mencabar bak hang. Tapi itulah, Allah sudah tetapkan dan putuskan sampai mana sahaja cikbee boleh berniaga sendiri. Cikbee redha dengan ketentuan Ilahi. Walaupun pada mulanya Cikbee rasa pasrah dan sedih, tapi hila Cikbee mengenangkan tanggungjawap pada suami dan anak anak itu yang lebih utama. Cikbee nekad serahkan semula kunci kedai. Sebenarnya inipun atas permintaan suami Cikbee juga. Seorang suami yang meminta isterinya melepaskan perniagaannya dan beralih sepenuh masa pada keluarganya. Hebatkan kuasa suami..hehehe..Cikbee akur, mungkin ada hikmah dan mungkin Allah akan perluaskan lagi rezeki suami Cikbee..Aminn..amin..Itulah sebab utamanya kenapa Cikbee dah tak berniaga lagi..InsyaAllah, jika masih berjodoh dengan kraft lagi, tidak akan ke mana..Ok, Cikbee nak sambung urusan lain dulu..Cikbee tulis pun ikut kata hati je..tak tahu kalau ada yang sudi baca atau tidak..Ini pun sebab nak asah semula bakat dan minat menulis tu..ceh wah..adios..


No comments:

Post a Comment