Friday 2 October 2015

Butik, Apakah Maksud Butik

Teks: Rabiah Tugimin

Sekadar Hiasan
Hari ni kita luaskan tentang maksud Butik. Butik lebih sinonim dan dikenali sebagai kedai kecil atau tempat menjual pakaian, pakaian berfesyen dan aksesori seperti cincin, rantai, gelang atau alat solekan terutamanya untuk wanita. Kalau kita sebut butik, orang akan tahu butik itu tempat aper..ada juga yang akan sebut kedai baju, kedai pakaian, kedai tudung  atau kedai aksesori.

Ramai beranggapan apabila satu kedai itu disebut butik, ia pasti akan menjual baranngan yang ada didalam butiknya pada harga yang lebih tinggi dan mahal dari kedai-kedai lain yang tidak dipanggil butik. Butik seolah-olah sudah sebati di minda pembeli dan pengguna dimana menjual pada harga yang lebih mahal.  

Semua kedai pakaian atau aksesori ini adalah butik. Cuma nama dan gelaran yang diberikan pada kedai-kedai tersebut menunjukkan kualiti dan harga pada pakaian yang dijual. Ramai beranggapan Butik menjual pada harga yang mahal, padahal kedai-kedai biasa juga meletakkan harga yang sama atau lebih mahal dari kedai yang digelar Butik.

Kebiasaanya seseorang pemilik meletakkan kedai sebagai Butik, kerana ia ingin menjaga kualiti pakaian atau produk yang dijual didalam kedainya. Keselesaan lebih biasanya akan diberikan seperti mempunyai penghawa dingin, tempat duduk yang selesa dan suasana yang lebih tenteram untuk pelanggan meluangkan lebih masa memilih pakaian didalam butik tersebut. Kerana kualiti inilah sebahagian pemilik Butik mengenakan harga yang lebih mahal sedikit dari harga kedai-kedai yang ada diluar sana.

Terpulang kepada pembeli untuk menilai sendiri pakaian yang akan dibeli. Seseorang yang ingin membuka butik juga boleh membuka butik mengikut selera pembeli atau lebih keselesaan yang akan diberikan kepada pelanggannya berdasarkan ciri-ciri kedai yang akan dibukanya nanti.

Selain keadaan kedai, suasana, harga dan kualiti juga harus dititik beratkan oleh pemilik Butik untuk mengekalkan jumlah pelanggan atau pembeli yang akan terus datang membeli di kedainya. Kita akan bincangkan pula post selepas ini JENIS-JENIS BUTIK pula. Follow kakBee di post yang berikutnya...amin

No comments:

Post a Comment