Monday 14 September 2015

Allah Uji Kerana Sayang..??

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t...semoga sesiapa sahaja yang membaca entry kakbee ni senantiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah, InsyaAllah. Bersabarlah kalau kita rasa kita sentiasa di timpah musibah atau masaalah. Janganlah mengeluh atau memberontak sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengari terutamanya ahli keluarga dan anak-anak kita. Siapa yang hidup diatas bumi Allah ini tidak ditimpa masaalah. Ada orang kecil masaalahnya, ada yang besar masaalahnya dan ada yang bertimpa-timpa masaalahnya. Bersabar dan bertawakal lah, insyaAllah ada jalannya, ada hikmahnya yang menanti dihadapannya.

Allah itu maha mengetahui, maha mengasihi..mana mungkin Allah hendak melihat umatnya didalam kesusahan. 1 sahaja kita berdoa pada Allah 10 Allah berikan, cuma kita ni tak nampak apa yang Allah telah berikan. Itulah maknanya Allah masih sayangkan kita, masih ingatkan kita..bila kita dalam masaalah, kita pasti berdoa pada Allah.. Allah suka dengar kita berdoa padanya..kalau boleh hari-hari Allah nak dengar kita berdoa padanya..Kalau kita sentiasa senang, gembira, tiada masaalah mesti kita terlupa kan Allah, terlupa untuk mengucapkan syukur padanyakan..

Setiap manusia tidak sama dugaan nya. Janganlah kita membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kita nampak orang lain senang, tapi kita mungkin tidak tahu masaalah apa yang ditanggungnya. Ada orang masaalah duit, masaalah keluarga, masaalah di tempat kerja atau masaalah dalam diri sendiri. Belajar untuk bersyukur dahulu dari memikirkan masaalah yang kita hadapi. Belajar untuk berusaha dan bertawakal kepada Allah sentiasa. Janganlah kita mengeluh dan berkata-kata yang mungkin akan menjadi satu DOA yang tak baik buat kita. INGAT!!!..perkataan yang kita ucapkan itu adalah satu DOA..ucaplah yang baik-baik, sebut dan mintalah yang baik-baik pada Allah. Insya Allah doa kita Allah dengar, cuma cepat atau lambat sahaja. Bersyukur dengan kurniaan yang telah banyak Allah berikan pada kita. Buka mata, buka minda kita, fikirkan sejenak...Amin..

No comments:

Post a Comment