Monday 14 September 2015

Hipokrit atau menunjuk

Teks : Rabiah Tugimin




Selalu nampak di FB rakan- rakan update tentang keluarga masing-masing. Tentang suami, anak, ibu bapa atau diri sendiri. Kadang- kadang bila tengok status di FB tu macam sesuatu yang riak pulak. Ramai yang lupa sebenarnya ada diantara rakan-rakan FB kita itu tidak suka atau lebih tepat lagi sudah jelak dengan apa yang kita post hari- hari. Cuma kita kadang- kadang tidak perasan apa yang kita update itu membawa maksud atau menyinggung pihak- pihak tertentu. Tidak semua orang yang mengupdate status di FB membawa maksud atau mempunyai niat yang tidak baik. Ada diantaranya ingin berkongsi kegembiraan mereka bersama orang lain dengan cara begini.
                                      
Cuma kalau boleh biarlah kita berpada- pada selalu, biarlah lebih berhati- hati apabila mengupdate post kita di laman sesawang ini. Manalah tahu, apa yang kita lakukan itu takut menimbulkan rasa riak dan bangga didalam diri kita. Riak itu berdosa dan tidak disukai Allah. Sekali sekala mungkin lebih baik dari hari- hari kita mengupdate tentang keluarga kita. Lebih- lebih lagi dizaman yang serba moden dan canggih ini, bermacam-macam aktiviti jenayah dapat dilakukan dengan laman sesawang ini. Silap haribulan gambar kita sudah bertukar wajah. Anak- anak kita ada yang sedang perhatikan. Bukankah itu merbahaya dan kita juga yang telah memberi ruang kepada mereka ini. Sudah banyak kes yang kita baca dan kita dengar perkara jenayah yang melibatkan laman sesawang ini.  
               
Semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka dan perkara yang tidak elok ini. InsyaAllah, Allah itu tahu dan nampak aper yang kita lakukan. Pastikan hati dan niat kita adalah baik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Adalah lebih baik kita tidak mengepost sesuatu yang boleh menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang melihat.Jika cara kita baik, orang akan like dan baik pada kita.

No comments:

Post a Comment