Thursday 10 September 2015

Sabarlah Hati..belum masanya

Teks : Rabiah Tugimin


Ya Allah, lama sungguh rasanya tak membuka blog ni dan update sesuatu yang berguna..kadang-kadang ada kakbee buka blog ni..duduk sekejap ajer, lepas tu ada sahaja halnya..ada sahaja perkara lain yang perlu dibuat. Maklumlah, masa kakbee belajar membina blog dengan Nisa hari tu, kakbee masih baru, masih baru dalam mengenal dunia IT dan blog ni..hati nak belajar dan bijak cerdik macam org lain, tp tak bijak2 gak...hahahaha..

Anak kakbee yang ketiga masa tu baru beberapa bulan. Masih menyusu badan sehingga sekarang. Asal kakbee on lappy ajer, mulalah si anak berjuntai kat tepi kaki, mulalah dia merengek nak itu dan ini. Dari hati yang nak terus menaip terus dan terpadam. Mungkin doa kakbee Allah dengar selalu. Sebelum berhenti kerja dulu kakbee tak berhenti berdoa nak berhenti kerja, nak menjaga anak2 dirumah dan paling ingat, sentiasa nak menyusukan anak. Sebabnya 2 org anak kakbee menyusu tak sampai 6 bulan pun. Sedih sgt, kerana kekangan kerja, balik lambat, jarang menyusu kan anak2..

Sekarang Allah makbulkan doa  kakbee. Sampailah sekarang dah nak masuk 3 tahun anak masih menyusu, Masa sekarang lah pulak mencari jalan untuk memutuskan susu pula, maklumlah dah besar. Segan pulak nak kendong si anak menyusukan...Sekarang jugalah kakbee rasa ada masa utk meneruskan minat dan usaha utk berjaya seperti orang lain. Anak pun dah kurang berjuntai kat kaki kakbee..dah pandai main dengan kakak dan abnagnya.

Kadang2 bila fikir semula...perancangan Allah itu ada..

No comments:

Post a Comment