Monday 14 September 2015

Pilih Kerjaya Atau Keluarga

Teks: Rabiah Tugimin



Salam Ukhwah semua, mesti ramai yang diluar sana ada memikirkan pilihan untuk meneruskan kerjaya atau sepenuh masa bersama keluarga. Tepuk dada tanya hati..heee...ada jugak yang kena tepuk poket tengok isinya...kalau nak dikira dan diselidik, majoriti wanita diluar sana akan memilih bersama keluarga sepenuh masa dari terus berkejaya sehingga pencen. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang dan perbaharuan dunia yang semakin maju dan berkembang, wanita tiada pilihan untuk seiring bersama suami atau lelaki bagi memenuhi keperluan keluarga.

Belajar rajin-rajin sehingga ke menara gading. Bila dah belajar pandai-pandai tak kan nak duduk dirumah ajer kan. kalau si lelaki wajiblah mencari pekerjaan untuk menyara ibu dan ayah. Kalau yang perempuan pula kalau duduk dirumah pula, adalah yang berkata-kata nanti, belajar tinggi-tinggi tapi duduk dirumah sahaja, menghabiskan duit mak bapak sahaja. Itulah ayat yang dah lazim sangat kita dengar. Jadi, bagi yang dah habis belajar cepat-cepatlah pergi memohon pekerjaan sebagai balasan menebus jasa ibu dan ayahkan. Nanti bila sudah berumahtangga, sudah mempunyai anak-anak dan family yang besar, sudah tentu tanggungan juga bertambah.

Kebiasaannya, wanita yang sudah berumahtangga sentiasa memasang angan-angan dan harapan yang tinggi suatu hari nanti mereka akan menjadi suri sepenuh masa. Kerana kekangan kerjaya dan pendapatan yang tidak mencukupi membuatkan wanita berbelah bahagi untuk meletak kan diri mereka ini selesa sebagai suri sepenuh masa. Sudah ramai wanita yang berkejaya sekarang mencari sumber pendapatan lain sebagai sampingan membantu suami dan juga persediaan untuk mereka bersara lebih awal nanti. Wanita diluar sana sudah mahir malah ada yang telah berjaya dengan pendapatan sampingan mereka. Sama ada menjual secara fizikal atau secara online. Malah ada pendapatan smpingan mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan gaji yang mereka terima setiap bulan. Betul tak..?

Tetapi untuk memilih kerjaya atau keluarga membuatkan wanita ini memikir terlalu mendalam. Boleh dikatakan nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak..macam mana tu. Kerana sudah terlalu lama berkhidmat dalam kerjaya, memiliki kelayakan yang tinggi membuat wanita ini kadang-kadang berasa takut, was-was dan tidak yakin untuk meletak jawatan dan menjadi suri sepenuh masa. Memang betul sebenarnya, untuk melepaskan jawatan itu rasanya perit pada awalnya. Bagi yang sudah berkeluarga harus memikirkan banyak perkara dahulu. Pastikan kemampuan suami dan kelangsungan hidup kita stabil jika meletak jawatan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Pastikan suami menyokong tindakan kita dan patikan kita mempunyai cara yang lain selepas meletak jawatan untuk menambah pendapatan keluarga. Masa inilah minat dan hobi kita boleh menjadi salah satu sumber pendapatan kita nanti. Nanti kakbee akan cerita lebih lagi berkaitan MINAT MENJADI HOBI.


No comments:

Post a Comment