Saturday, 3 October 2015

Jenis- Jenis Butik

Teks : Rabiah Tugimin

sekadar hiasan

Jom kita tengok, berapa jenis Butik yang ada dikeliling kita..heee..banyaklah sangatnya kan..jangan salah fahamkan maksud butik yer..butik tak semestinya menjual pakaian sahaja..butik sekarang sudah meluas dan diketahui umum apa barangan lain yang dijual..bezanya pemilik butik yang menentukankan butiknya berkonsep aper...

Butik ada banyak jenis butik. Butik menjual pakaian sahaja, menjual aksesori, menjual beg, menjual minyak wangi, menjual kosmetik, menjual produk kesihatan, menjual tudung, menjual telekung, menjual kasut, menjual barangan haji umrah, menjual bermacam-macam lah..ada butik yang menjual bermacam-macam didalamnya yang membuatkan pelanggan suka datang membeli..kerana ini mudah untuk pelanggan datang mencari apa sahaja yang diiigininya..

Kalau kita perhatikan sekarang ini, ada beberapa jenis butuk yang menjadi trend dan semakin diminati untuk diceburi. Ini kerana ia mudah untuk pemilik butik dan pengguna yang ingin datang membeli. Ditambah pula dengan adanya laman sesawang seperti facebook, facebookpage, instagram dan website yang mudah dijejaki pengguna.

Mesti ramai dah dengar dan baca berkaitan butik iaitu Butik Vendor atau Butik Cafe...ehmmm...menarikkan..mesti ada yang masih tidak tahu apakah jenis butik ini, bagaimana konsepnya, apakah perkhidmatan yang disediakannya, best ke tidak butik ini..tapi butik-butik inilah yang paling digemari pengguna kini. Dengan kata lain mudah, senang dan cepat. Tetapi bergantung juga kepada butik tersebut, kerana kebiasaanya barangan yang dijual adalah limited dan mengikut permintaan pengguna. Adakalanya, butik-butik ini tidak menjual juga barang yang kita cari walaupun ada ciri-ciri yang sama kita inginkan..nak tahu kenapa?..

Ok..nantikan kakbee updatekan apakah itu Butik Vendor dan Apakah itu Butik Cafe. Rasanya ramai yang diluar sana sudah tahu biler sebut tentang butik ini. Kita cuba kupaskan sedikit informasi tentang Butik ini nanti ok. Nantikan post kakbee nanti berkiatan BUTIK VENDOR @ BUTIK CAFE..adios...

Friday, 2 October 2015

Butik, Apakah Maksud Butik

Teks: Rabiah Tugimin

Sekadar Hiasan
Hari ni kita luaskan tentang maksud Butik. Butik lebih sinonim dan dikenali sebagai kedai kecil atau tempat menjual pakaian, pakaian berfesyen dan aksesori seperti cincin, rantai, gelang atau alat solekan terutamanya untuk wanita. Kalau kita sebut butik, orang akan tahu butik itu tempat aper..ada juga yang akan sebut kedai baju, kedai pakaian, kedai tudung  atau kedai aksesori.

Ramai beranggapan apabila satu kedai itu disebut butik, ia pasti akan menjual baranngan yang ada didalam butiknya pada harga yang lebih tinggi dan mahal dari kedai-kedai lain yang tidak dipanggil butik. Butik seolah-olah sudah sebati di minda pembeli dan pengguna dimana menjual pada harga yang lebih mahal.  

Semua kedai pakaian atau aksesori ini adalah butik. Cuma nama dan gelaran yang diberikan pada kedai-kedai tersebut menunjukkan kualiti dan harga pada pakaian yang dijual. Ramai beranggapan Butik menjual pada harga yang mahal, padahal kedai-kedai biasa juga meletakkan harga yang sama atau lebih mahal dari kedai yang digelar Butik.

Kebiasaanya seseorang pemilik meletakkan kedai sebagai Butik, kerana ia ingin menjaga kualiti pakaian atau produk yang dijual didalam kedainya. Keselesaan lebih biasanya akan diberikan seperti mempunyai penghawa dingin, tempat duduk yang selesa dan suasana yang lebih tenteram untuk pelanggan meluangkan lebih masa memilih pakaian didalam butik tersebut. Kerana kualiti inilah sebahagian pemilik Butik mengenakan harga yang lebih mahal sedikit dari harga kedai-kedai yang ada diluar sana.

Terpulang kepada pembeli untuk menilai sendiri pakaian yang akan dibeli. Seseorang yang ingin membuka butik juga boleh membuka butik mengikut selera pembeli atau lebih keselesaan yang akan diberikan kepada pelanggannya berdasarkan ciri-ciri kedai yang akan dibukanya nanti.

Selain keadaan kedai, suasana, harga dan kualiti juga harus dititik beratkan oleh pemilik Butik untuk mengekalkan jumlah pelanggan atau pembeli yang akan terus datang membeli di kedainya. Kita akan bincangkan pula post selepas ini JENIS-JENIS BUTIK pula. Follow kakBee di post yang berikutnya...amin

Monday, 14 September 2015

Allah Uji Kerana Sayang..??

Teks : Rabiah Tugimin



Assalamualaikum w.r.t...semoga sesiapa sahaja yang membaca entry kakbee ni senantiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah, InsyaAllah. Bersabarlah kalau kita rasa kita sentiasa di timpah musibah atau masaalah. Janganlah mengeluh atau memberontak sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengari terutamanya ahli keluarga dan anak-anak kita. Siapa yang hidup diatas bumi Allah ini tidak ditimpa masaalah. Ada orang kecil masaalahnya, ada yang besar masaalahnya dan ada yang bertimpa-timpa masaalahnya. Bersabar dan bertawakal lah, insyaAllah ada jalannya, ada hikmahnya yang menanti dihadapannya.

Allah itu maha mengetahui, maha mengasihi..mana mungkin Allah hendak melihat umatnya didalam kesusahan. 1 sahaja kita berdoa pada Allah 10 Allah berikan, cuma kita ni tak nampak apa yang Allah telah berikan. Itulah maknanya Allah masih sayangkan kita, masih ingatkan kita..bila kita dalam masaalah, kita pasti berdoa pada Allah.. Allah suka dengar kita berdoa padanya..kalau boleh hari-hari Allah nak dengar kita berdoa padanya..Kalau kita sentiasa senang, gembira, tiada masaalah mesti kita terlupa kan Allah, terlupa untuk mengucapkan syukur padanyakan..

Setiap manusia tidak sama dugaan nya. Janganlah kita membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kita nampak orang lain senang, tapi kita mungkin tidak tahu masaalah apa yang ditanggungnya. Ada orang masaalah duit, masaalah keluarga, masaalah di tempat kerja atau masaalah dalam diri sendiri. Belajar untuk bersyukur dahulu dari memikirkan masaalah yang kita hadapi. Belajar untuk berusaha dan bertawakal kepada Allah sentiasa. Janganlah kita mengeluh dan berkata-kata yang mungkin akan menjadi satu DOA yang tak baik buat kita. INGAT!!!..perkataan yang kita ucapkan itu adalah satu DOA..ucaplah yang baik-baik, sebut dan mintalah yang baik-baik pada Allah. Insya Allah doa kita Allah dengar, cuma cepat atau lambat sahaja. Bersyukur dengan kurniaan yang telah banyak Allah berikan pada kita. Buka mata, buka minda kita, fikirkan sejenak...Amin..

Pilih Kerjaya Atau Keluarga

Teks: Rabiah Tugimin



Salam Ukhwah semua, mesti ramai yang diluar sana ada memikirkan pilihan untuk meneruskan kerjaya atau sepenuh masa bersama keluarga. Tepuk dada tanya hati..heee...ada jugak yang kena tepuk poket tengok isinya...kalau nak dikira dan diselidik, majoriti wanita diluar sana akan memilih bersama keluarga sepenuh masa dari terus berkejaya sehingga pencen. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang dan perbaharuan dunia yang semakin maju dan berkembang, wanita tiada pilihan untuk seiring bersama suami atau lelaki bagi memenuhi keperluan keluarga.

Belajar rajin-rajin sehingga ke menara gading. Bila dah belajar pandai-pandai tak kan nak duduk dirumah ajer kan. kalau si lelaki wajiblah mencari pekerjaan untuk menyara ibu dan ayah. Kalau yang perempuan pula kalau duduk dirumah pula, adalah yang berkata-kata nanti, belajar tinggi-tinggi tapi duduk dirumah sahaja, menghabiskan duit mak bapak sahaja. Itulah ayat yang dah lazim sangat kita dengar. Jadi, bagi yang dah habis belajar cepat-cepatlah pergi memohon pekerjaan sebagai balasan menebus jasa ibu dan ayahkan. Nanti bila sudah berumahtangga, sudah mempunyai anak-anak dan family yang besar, sudah tentu tanggungan juga bertambah.

Kebiasaannya, wanita yang sudah berumahtangga sentiasa memasang angan-angan dan harapan yang tinggi suatu hari nanti mereka akan menjadi suri sepenuh masa. Kerana kekangan kerjaya dan pendapatan yang tidak mencukupi membuatkan wanita berbelah bahagi untuk meletak kan diri mereka ini selesa sebagai suri sepenuh masa. Sudah ramai wanita yang berkejaya sekarang mencari sumber pendapatan lain sebagai sampingan membantu suami dan juga persediaan untuk mereka bersara lebih awal nanti. Wanita diluar sana sudah mahir malah ada yang telah berjaya dengan pendapatan sampingan mereka. Sama ada menjual secara fizikal atau secara online. Malah ada pendapatan smpingan mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan gaji yang mereka terima setiap bulan. Betul tak..?

Tetapi untuk memilih kerjaya atau keluarga membuatkan wanita ini memikir terlalu mendalam. Boleh dikatakan nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak..macam mana tu. Kerana sudah terlalu lama berkhidmat dalam kerjaya, memiliki kelayakan yang tinggi membuat wanita ini kadang-kadang berasa takut, was-was dan tidak yakin untuk meletak jawatan dan menjadi suri sepenuh masa. Memang betul sebenarnya, untuk melepaskan jawatan itu rasanya perit pada awalnya. Bagi yang sudah berkeluarga harus memikirkan banyak perkara dahulu. Pastikan kemampuan suami dan kelangsungan hidup kita stabil jika meletak jawatan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Pastikan suami menyokong tindakan kita dan patikan kita mempunyai cara yang lain selepas meletak jawatan untuk menambah pendapatan keluarga. Masa inilah minat dan hobi kita boleh menjadi salah satu sumber pendapatan kita nanti. Nanti kakbee akan cerita lebih lagi berkaitan MINAT MENJADI HOBI.


Hipokrit atau menunjuk

Teks : Rabiah Tugimin




Selalu nampak di FB rakan- rakan update tentang keluarga masing-masing. Tentang suami, anak, ibu bapa atau diri sendiri. Kadang- kadang bila tengok status di FB tu macam sesuatu yang riak pulak. Ramai yang lupa sebenarnya ada diantara rakan-rakan FB kita itu tidak suka atau lebih tepat lagi sudah jelak dengan apa yang kita post hari- hari. Cuma kita kadang- kadang tidak perasan apa yang kita update itu membawa maksud atau menyinggung pihak- pihak tertentu. Tidak semua orang yang mengupdate status di FB membawa maksud atau mempunyai niat yang tidak baik. Ada diantaranya ingin berkongsi kegembiraan mereka bersama orang lain dengan cara begini.
                                      
Cuma kalau boleh biarlah kita berpada- pada selalu, biarlah lebih berhati- hati apabila mengupdate post kita di laman sesawang ini. Manalah tahu, apa yang kita lakukan itu takut menimbulkan rasa riak dan bangga didalam diri kita. Riak itu berdosa dan tidak disukai Allah. Sekali sekala mungkin lebih baik dari hari- hari kita mengupdate tentang keluarga kita. Lebih- lebih lagi dizaman yang serba moden dan canggih ini, bermacam-macam aktiviti jenayah dapat dilakukan dengan laman sesawang ini. Silap haribulan gambar kita sudah bertukar wajah. Anak- anak kita ada yang sedang perhatikan. Bukankah itu merbahaya dan kita juga yang telah memberi ruang kepada mereka ini. Sudah banyak kes yang kita baca dan kita dengar perkara jenayah yang melibatkan laman sesawang ini.  
               
Semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka dan perkara yang tidak elok ini. InsyaAllah, Allah itu tahu dan nampak aper yang kita lakukan. Pastikan hati dan niat kita adalah baik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Adalah lebih baik kita tidak mengepost sesuatu yang boleh menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang melihat.Jika cara kita baik, orang akan like dan baik pada kita.

Ada Ilmu...

Teks : Rabiah Tugimin   





Ilmu itu penting nak..itulah pesan yang selalu keluar dari mulut ibu dan ayah. Mak dan ayah kita dulu ada yang tidak mampu untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading seperti kita sekarang. Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China sekalipun. Kita bersyukur sekarang, dalam kesungguhan mencari ilmu dalam pendidikan, segala bantuan telah disediakan. Bertapa beruntungnya kita dimasa ini jika dibanding kedua orang tua kita dahulu dalam menuntut ilmu. Belajar lah bersungguh-sungguh anak- anak, semua peluang telah disediakan sekarang. Tidak ada alasan untuk mengatakan malas dan bosan dalam menuntut ilmu.       


Ilmu itu ibarat pakaian yang kita pakai, kemana kita pergi, kemana pun kita berada, dengan ilmu pengetahuan kita tidak akan diperbodohkan dan diperlekehkan. Orang dahulu punyalah susah hendak menuntut ilmu. Segala keperluan dan kelengkapan tidak mencukupi. Tetapi, tidak perlu malu jika kita tidak mampu menuntut ilmu sehingga ke menara gading. Mempelajari sesuatu perkara seperti membaca, memasak, bercucuk tanam dan lain- lain pekerjaan juga adalah menuntut ilmu. Ramai diantara kita hanya manusia biasa sahaja, yang belajar tidak tinggi manapun tetapi menjadi seorang yang sangat liar biasa. Kenapa? Kerana mereka tidak pernah jemu, tidak pernah mengalah dalam menunutut ilmu walaupun bukan ilmu akademik.                                 


Ilmu itu luas, selagi bernafas carilah ilmu untuk menambah baikan diri dan keluarga kita. Jangan jadikan dengan berbagai alasan. Dunia kita serba maju dan moden. Segalanya ada dihujung jari. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.InsyaAllah..


Thursday, 10 September 2015

Cara Mendapat Anak Kembar

Teks : Rabiah Tugimin




Salam semua..ni ada tips saya nak kongsi..saya pun lupa dari mana saya copy sebab dah lama simpan..insyaAllah mungkin berguna..kita hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan..


PETUA HAMIL ANAK KEMBAR

mesti ramai yang teringin anak kembar yang comel kan. Ni admin kongsi petua nya. 
smile emoticon
1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

Sikap Suka Menabung...

Teks :Rabiah Tugimin





Saya ada tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan..Anak-anak saya suka berbelanja..tak berbelanja yang mahal pun cuma berbelanja yang kecil-kecil ajer..tapi bila dikumpulkan memang besarlah belanjanya...yang abang sulong paling suka berbelanja mini lego..dulu harganya RM6 sekotak..tapi sekarang dah murah..RM1 pun dah dapat..lagi-lagi kalau beli di GM..memang berbaloilah dari beli sekotak sekarang RM4...anak yang kedua perempuan..sangatlah suka berbelanja buku dan beg-beg kecil..kadang-kadang sticker kartun yang ada gambar frozen...ha kau..lagilah suka..anak yang ketiga pula masih kecil..baru nak masuk 3 tahun..kuat juga berbelanja..tapi belanjanya paling senang..gula-gula atau coklat..hahahahaha..nak pengsan rasanya walaupun bendanya kecil tapi bila dikumpul..sendiri mau ingatlah...setiap kali keluar ada sahaja belinya..

Anak yang sulung makin meningkat dewasa..makin faham susah mama dan ayahnya, jadi jarang untuk berbelanja apa yang diminatinya..begitu juga yang kedua..mungkin sebab perempuan, jadi lebih cepat faham..bermula dengan perbelanjaan mereka yang remeh ni, saya selalu berpesan pada mereka..kalau nak berbelanja pastikan menggunakan duit masing-masing..anak-anak saya nampaknya faham bila hari-hari saya berpesan..duit belanja sekolah yang ada balance mesti disimpannya..masuk dalam tabung bedak..heeheeehee...yang syiling dalam tabung seramik..yang kertas dalam tabung bedak..masing-masing ada sorang satu..yang tabung bedak sebab senang nak ambil..yang seramik dah penuh baru boleh pecah..

Syukur sangat-sangat,,anak-anak faham apa yang dinasihatkan..bila keluar, nampak apa yang dihajati dorang dah stanby dah duitnya..walaupun kadang saya kata tak perlu. Sebenarnya, dengan cara ini juga dapat membantu anak-anak dalam segi pengiraan jual beli..supaya mereka faham dan belajar berapa harga yang dibeli, berapa yang perlu dibayar dan berapa baki yang mereka akan dapat..tapi sebagai ibu bapa kita jangan lepaskan bulat-bulat keputusan pada mereka..kita kena tanya dan perhatikan..jangan sampai mereka pula ditipu peniaga..biasanya..saya akan tanya semula apa yang dibeli..cukup atau tidak duitnya..kalau tak cukup kita jugalah yang kena tambah akhirnya..tak sampai hati kan...

Eeemmm..sebenarnya saya dan suami sendiri suka menabung dari kami kawin lagi..boleh guna juga bila sesak-sesak..sangat-sangat berguna dan seronok bila tabung dah penuh dan mulalah aksi masing-masing nak kira duit...anak-anak paling suka..cubalah praktiskan selalu..insyaAllah..anak-anak akan kata..."tabung dah penuh..leh lah beli tabung baru"....heee

Tidak Salah Berangan Angan...

Teks : Rabiah Tugimin



Angan-angan Mat Jenin..heee..perkataan yang orang kita suka sebut. Tak salah pun nak angan-angan macam Mat Jenin. Kadang-kadang tu, dengan angan-angan nya lah seseorang itu mampu merubah hidupnya dari biasa ke luar biasa, dari susah ke senang, dari jahat ke baik...

Angan-angan ni lebih kuranglah sama seperti kita memasang impian dan niat. Sulamilah angan-angan kita dengan doa dari Allah..insyaAllah ia akan didengari..dengan usaha dan tawakal kepadanya..Angan-angan setinggi gunung, biarpun tinggi ingin juga aku kecapi...hahaha..

Sesiapa pun pasti memasang angan-angan...jangan tipulah kata takder angan-angan..yelah takut dikatakan mat jenin bila tidak tercapai..lagi-lagi bila angan-angan itu diluahkan kepada rakan-rakan..mesti diketawakan satu table kan. Tak pun akan dipanggil dengan nama panggilan yang di angan-angan kan..

Biarlah kita berangan sebanyak mana pun, memasang impian sebanyak mana pun, yang pasti berdoalah sentiasa kepada Allah disertai dengan usaha kita..InsyaAllah ada ganjarannya...mungkin ganjaran itu tak nampak, mungkin ganjaran itu lambat..apapun kita sentiasa bertawakal kepadanya..berangan-angan agar dapat mencapai apa yang dihajati  dengan redhanya..amin


Sabarlah Hati..belum masanya

Teks : Rabiah Tugimin


Ya Allah, lama sungguh rasanya tak membuka blog ni dan update sesuatu yang berguna..kadang-kadang ada kakbee buka blog ni..duduk sekejap ajer, lepas tu ada sahaja halnya..ada sahaja perkara lain yang perlu dibuat. Maklumlah, masa kakbee belajar membina blog dengan Nisa hari tu, kakbee masih baru, masih baru dalam mengenal dunia IT dan blog ni..hati nak belajar dan bijak cerdik macam org lain, tp tak bijak2 gak...hahahaha..

Anak kakbee yang ketiga masa tu baru beberapa bulan. Masih menyusu badan sehingga sekarang. Asal kakbee on lappy ajer, mulalah si anak berjuntai kat tepi kaki, mulalah dia merengek nak itu dan ini. Dari hati yang nak terus menaip terus dan terpadam. Mungkin doa kakbee Allah dengar selalu. Sebelum berhenti kerja dulu kakbee tak berhenti berdoa nak berhenti kerja, nak menjaga anak2 dirumah dan paling ingat, sentiasa nak menyusukan anak. Sebabnya 2 org anak kakbee menyusu tak sampai 6 bulan pun. Sedih sgt, kerana kekangan kerja, balik lambat, jarang menyusu kan anak2..

Sekarang Allah makbulkan doa  kakbee. Sampailah sekarang dah nak masuk 3 tahun anak masih menyusu, Masa sekarang lah pulak mencari jalan untuk memutuskan susu pula, maklumlah dah besar. Segan pulak nak kendong si anak menyusukan...Sekarang jugalah kakbee rasa ada masa utk meneruskan minat dan usaha utk berjaya seperti orang lain. Anak pun dah kurang berjuntai kat kaki kakbee..dah pandai main dengan kakak dan abnagnya.

Kadang2 bila fikir semula...perancangan Allah itu ada..

Saturday, 5 September 2015

Nawaitu...Mencuba Sesuatu Yang Baru

Teks : Rabiah Tugimin




                         Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua...hari ni nak sentuh sikit bab mencuba sesuatu yang baru....rasa-rasanya ramai yang suka untuk mencuba sesuatu yang baru..tak minat pun kadang2 nak cuba..terutamanya dalam dunia online ni..yg bekerja cuba sesuatu yg baru mencari punca pendapatan lebih..yang tidak bekerja pun cuba mencari sesuatu untuk membantu suami menambah pendapatan. Sebenarnya apa yang kita niatkan biarlah dari hati yang ikhlas. Jangan kita mencuba sebab nampak orang lain boleh buat,jadi fikir kita pun boleh. Lihat juga pada kemampuan kita sendiri. Lihat pada apa yang kita mahir,suka dan pandai melakukannya. Ada juga yang tidak mempunyai sebarang minat. Hidupnya, hanya seperti rutin biasa yang tidak mempunyai hobi atau minat pada sesuatu. Cuba kita selami hati dan jiwa kita, pasti kita alan jumpa walaupun sedikit apa yang kita paling suka atau kerap lakukan untuk menjadi kannya minat, hobi dan seterusnya menjadi sumber pendapatan tambahan....


Monday, 11 May 2015

Mencari Ketenangan Dalam Diri

Teks : Rabiah Tugimin




                  Assalamualaikum..ya Allah..lama sudah rasanya tak menaip di blog ni, usang dah pun..setahun ada kot. Bukannya saya melarikan diri, bukan saya tidak mahu bercampur bersama sahabat bolgger yang lain,,tetapi entahlah..mungkin beberapa faktor dalaman diri saya..
               
                   Sudah hampir masuk tiga tahun aku  meninggalkan dunia kerjaya...selama ini jugalah aku berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan..mungkin ini adalah ujian dari yang esa. bersabarlah duhai hati...insyaAllah  mungkin ada sinar cahaya yang menanti dihadapan...

                   Hidup mesti ku teruskan..hati ku mesti ku kuatkan..azam dan semangat ku mesti ku cekalkan..doa ku..kau bantulah aku untuk aku bantu dia..

                   adios...