Alhamdulillah...semoga masih tak ketinggalan kita menyambut maulidul rasul, hari ni berita di tivi banyak tunjuk kan perarakan sempenan maulidul rasul..anak-anak pula bercuti sempena hari bersejarah ini.
Buat rakan-rakan termasuklah blog sudah tentunya pernah mengalami stress, bukannya senang untuk menghadapinya, kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Di dalam kehidupan seharian kita, sesungguhnya adalah perjuangan, maka di sana ada masanya kita perlu berehat, ada masanya kita perlu terus melangkah dan ada masanya kita perlu bermuhasabah tentang kekurangan dan kekuatan diri, namun ada masanya juga kita perlu berkorban demi menyelesaikan kelansungan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Oleh kerana itulah sering kita kita perlu ingat bahawa kita adalah warga akhirat yang kembara di dunia ini. Namun oleh kerana kita ingin membawa bekal yang sempurna buat kehidupan di sana sudah semestinya kita mesti melakukan yang terbaik di alam kehidupan kita. Buat semua rakan pembaca perlu diingatkan bahwa kita perlu rasional di dalam kehidupan kita, bukan semua impian dan hajat kita boleh kita laksanakan sesempurnanya. Hidup ini juga seperti roda, ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Oleh kerana itu rasionallah di dalam kehidupan, kerana tanpa masalah dan dugaan bukanlah kehidupan namanya. Bagi adik-adik yang sudah mengenggam result exam juga perlu rasional, jika segala usaha sudah dicurahkan, segala waktu sudah dipenuhi maka redailah apa jua keputusan, jika baik bersyukurlah ,jika sebaliknya rasionallah bahawa di dalam dunia ini terdapatnya manusia yang berjaya dan gagal.Namun gagal juga bukanlah bererti kegagalan sepenuhnya, sebaliknya kejayaan yang tertangguh. Ianya sebenarnya sebagai azimat untuk kita terus mara, bangun semula, rancang perjalanan dengan teliti, bersedia dan bergeraklah kehadapan. Mohonlah serta dekatilah Allah melalui doa dan solat.
Cuba
kita berfikir kenapa SAW menghadapi dugaan dan kepayahan di dalam
peringkat awal menanam tauhid kepada Allah kepada bangsanya sendiri,
kenapa sampai dipulaukan, dihina, dibaling dengan najis dan batu, serta
di ancam dan cuba - See more at:
http://www.lovehijau.com/2012/04/stress-dan-kegagalan-tanganinya-dengan.html?m=0#sthash.CKzC9jTQ.dpuf
Cuba kita berfikir Rasulullah dahulunya menghadapi kepayahan dan kesusahan dalam menyebarkan Islam. Baginda diancam dibunuh, dihina, dicaci, dibaling batu dan bermacam lagi. Boleh sahaja Allah lahirkan SAW dalam
kalangan raja-raja atau golongan kaya raya pada waktu itu ,tapi kenapa
Allah takdirkan perjuangan Rasulullah SAW penuh dengan ranjau dan
dugaan. Dugaan yang diterima oleh Baginda bukan calang-calang tetapi
terlalu hebat,namun akhirnya Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia
sekarang. Kenapa Baginda tidak dipermudahkan oleh Allah? boleh sahaja
Allah lakukan, tetapi sebaliknya...Ia adalah melambangkan kekuatan diri
dan jiwa SAW yang diikat kemas dengan ikatan dengan Allah serta mampu
menjadi pemimpin yang berkualiti, serta kepimpinan yang terpuji, biar
pun hanya anak yatim piatu, serta pada awalnya sebagai pengembala
kambing. kemanisan di dalam hidup tercapai melalui usaha dan dugaan,
maka begitu jua hidup ini.Oleh kerana itulah setiap manusia perlu ingat bahawa kesabaran dan kesusahan di dalam perjuangan hidup sememang perkara biasa.